Sinopsis drama sayang papa tak? astro

sayang papa tak? Nantikan Drama Sayang Papa Saya Tak? adalah adaptasi dari novel karya Hanni Ramsul. Diterbitan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd dan pengarah Amie Maziah Abdul Rahman.
Akan bersiaran mulai 9 Januari 2017, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10.00 malam di Astro Ria saluran 104 dan Astro Ria HD saluran 123.
JUDUL : SAYANG PAPA SAYA TAK?
EPISOD : 16 episod
TARIKH TAYANGAN : 9 Januari 2017
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 10.00 malam
SIARAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
PENULIS NOVEL : Hanni Ramsul
PENGARAH : Amie Maziah
PENERBIT : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
PELAKON : Hisyam Hamid, Emma Maembong, Seri Aileen, Wan Sharmila, Izara Aishah, Aida Khalida, Luqman Hafidz, Sweet Farhanna Qismina, Eleena Sui, Haleeda Mazlin, Fahad Iman

WATAK PELAKON
Hisyam Hamid sebagai Farish
Emma Maembong sebagai Raisya
Seri Aileen sebagai Qalish
Aida Khalida sebagai Puan Rogayah
Wan Sharmila sebagai Azyan
Eleena Sui sebagai Aleeya
Izara Aishah sebagai Kasih
Luqman Hafidz sebagai Yusri
Sweet Qismina sebagai Fathiya
SINOPSIS SAYANG PAPA SAYA TAK.
Mengisahkan Raisya, gadis muda yang spontan, selamba dan mata duitan. Raisya yang enggan menyambung pelajaran, nekad melarikan diri dari rumah anak yatim yang dihuni dan mula bekerja sebagai pengasuh bayi di rumah keluarga Farish. Pengalaman dibesarkan di Rumah Asuhan Budi menjadikannya cekap dalam menguruskan Qalish, anak Farish yang dijaganya.
Kecekapan dan keikhlasan Raisya menjaga Qalish menyentuh hati tua ibu Farish, puan Rogayah lantas diaturkan supaya Farish mengahwini Raisya. Farish yang murung sejak kematian bekas isterinya Kasih, telah didesak oleh ibunya untuk mengahwini Raisya demi masa depan Qalish. Raisya pula bersetuju berkahwin dengan imbuhan RM100,000. Dicap sebagai mata duitan oleh suami sendiri tidak berbekas di hati Raisya kerana yang lebih penting adalah sumbangannya kepada Rumah Asuhan Budi.
Mereka berkahwin dan mula mencipta kisah yang penuh warna-warni dalam rumah tangga mereka. Saling mengenali satu sama lain, Raisya memberi impak positif untuk dia bangkit semula. Perlahan-lahan dia mula jatuh cinta untuk kali kedua, memberi ruang untuk Raisya sesuaikan diri sebagai seorang isteri.
Namun emosi Raisya terdera dengan kehadiran Azyan, kawan baik arwah Kasih dan juga Aleya, bakal tunang Fakhrul, adik kembar Farish yang turut meninggal dunia bersama Kasih.

Sinopsis dari novel :

Farish mengahwini Raisya atas desakan ibunya walaupun dia tidak suka pada gadis mata duitan itu kerana anaknya terbiar tanpa kasih sayang seorang ibu setelah kematian Kasih. Anaknya perlukan seorang ibu dan dia sendiri tidak kuat untuk menjaga anaknya itu. Mereka berkahwin dan mula mencipta kisah yang penuh warna-warni dalam rumah tangga mereka. Saling mengenali satu sama lain, Raisya memberi impak positif untuk dia bangkit semula. Perlahan-lahan dia mula jatuh cinta untuk kali kedua, memberi ruang untuk Raisya sesuaikan diri sebagai seorang isteri.

Namun… emosi Raisya terdera dengan kehadiran Azyan, kawan baik arwah Kasih dan juga Aleya, bakal tunang Fakhrul, adik kembar Farish yang turut meninggal dunia bersama Kasih.

“RM100,000.00 Encik Farish? Yang tak gatal pun mesti jadi gatal.”- Raisya.

Kalau begitu ragamnya, bagaimana Farish tidak pening dengan Raisya?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top