Sinopsis drama Mariam Alisa tv3

mariam alisa

 

Drama terbaru produksi Radius One Sdn Bhd berjudul Mariam Alisa akan mengisi slot Lestary TV3. Drama arahan Shahrulezad Mohameddin itu dibarisi pelakon-pelakon baru seperti Elvina, Ben Amir, Amirul Faqeem, dan Haris. Nantikan kemunculan mereka di TV3.

JUDUL : MARIAM ALISA
EPISOD : 13 episod
TARIKH / MASA : Ogos 2016
SIARAN : Slot Lestary TV3
PENGARAH : Shahrulezad Mohameddin
TERBITAN : Radius One Sdn Bhd
PELAKON : Elvina Teylv, Ben Amir, Amirul Faqeem, Haris Mohd, Aida Aris, Roy Azman, Nadia Aqilah
WATAK PELAKON
Elvina sebagai Mariam Alisa (Icha)
Ben Amir sebagai Farhan
Amirul Faqeem sebagai Ustaz Haikal
Haris Mohd sebagai Fareeq
SINOPSIS MARIAM ALISA.

Secara ringkaskanya cerita nih macam biasa lah. Mengisahkan seorang gadis kampung yang cantik bernama Mariam Alisa.Cantik tak tak cantiklah, tapi penampilan sebelum ini dengan sekarang memang lain. So jalan cerita dia ada banyak flash back yang akan kita dapat tangkap cerita dia. Mula-mula tengok mesti blur jer. Mariam hanya tinggal berdua bersama ayahnya yang sudah uzur dan lumpuh. Walaupun Mariam merupakan satu-satunya anaknya, dia tetap berasa tidak selesa apabila Mariam perlu merawatnya dan menjaga kebajikannya. Oleh kerana itu, ayahnya menyuruh Mariam untuk bernikah dengan Ustaz Haiqal kerana Ustaz Haiqal sering bertandang ke rumah dan membantu Mariam. Namun sebaik mana hati Ustaz Haiqal iti, hati Mariam tidak lagi terbuka untuk mana-mana lelaki.

Demi menyara ayahnya, Mariam menjual nasi lemak di sebuah gerai di kampung. Hari-hari Mariam berlalu hampir serupa di gerai itu, sehingga Farhan seorang pemuda datang membeli nasi lemak Mariam. Pada saat itu, Farhan terpegun melihat kecantikan Mariam sehingga dunia ini bagaikan tiada bunyi lain selain deruan bayu berbisik ditelinganya. Masa tuh sebab dia nak belikan sarapan untuk mak dia yang malam asyik mabuk jer sejak anak kesayangannya meninggal dunia (setahun yang lalu).

Semenjak hari itu, Farhan sering ke gerai nasi lemak tetapi untuk bertemu dengan gadis manis itu. Mariam pula semakin berlembut hati dengan Farhan walaupun Farhan itu seorang pekak dan kelihatan seperti bukan orang berada. Hal ini kerana, Mariam sudah serik dipermainkan oleh lelaki berada. Namun Mariam tidak tahu bahawa Farhan cuma berpura-pura pekak sebagai alasan terpaku tatkala melihat kecantikan Mariam.

Sampai bilakah Farhan perlu berahsia dengan Mariam?

Ada disebalik cerita ini sebelum mariam couple dengan farhan. Dia couple dengan abangnya terlebih dahulu (sebelum meninggal dunia setahun yang lalu). Sebelum itu hidup mariam memang liar tak seperti yang sekarang ini korang tengok. Memang kaki club jugak macam mak farhan tuh ha.
Lebih kurang cinta tiga segilah, dengan si ustaz , dengan arwah abangnya dulu lepas tuh sekarang dengan farhan. nantikannya ceritanya lepas nih. ..
Siapa pilihan Mariam? Jeng-jeng. Jawapan di si ustaz tuhla. Dia lebih kurang macam inilah, cinta tak semestinya memiliki. ha gitu.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top