Sinopsis drama 7 hari mencintaiku tv3

7 hari mencintaiku , Drama terbaru adaptasi novel 7 Hari Mencintaiku karya tulisan Siti Rosmizah bakal mengisi slot Akasia TV3. Mengandingkan Shukri Yahaya dan Siti Saleha sebagai pelakon utama. Drama bersiri 28 episod tersebut mendapat sentuhan sutradara terkenal, Jamal Khan dibawah penerbitan Pena Creative Pictures Sdn Bhd. Nantikan tayangannya pada bulan November nanti di TV3.

JUDUL : 7 HARI MENCINTAIKU
EPISOD : 28 Episod
TARIKH / MASA : November 2016
SIARAN : Slot Akasia TV3
NOVELIS : Siti Rosmizah
PENGARAH : Jamal Khan
TERBITAN : Pena Creative Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Shukri Yahaya, Siti Saleha, Ungku Hariz, Wan Sharmila, Zila Bakarin,  Zarynn Min
WATAK PELAKON
Shukri Yahaya sebagai Khuzairi
Siti Saleha sebagai Mia Adriana
Ungku Hariz sebagai Khalil
LAGU TEMA / OST 7 HARI MENCINTAIKU
Tajuk : Lelaki Teragung
Penyanyi : Dayang Nurfaizah
Video & Lirik : Link
SINOPSIS 7 HARI MENCINTAIKU
Mengisahkan Khuzairi (Shukri Yahaya), dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana (Siti Saleha). Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya. Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.
Mia Adriana merupakan seorang peguam dan mempunyai firma guamannya sendiri bersama ayahnya Dato Megat Idrus. Mia telahpun bertunang dengan sepupunya sendiri Khalil (Ungku Hariz). Namun kerana terlalu percaya pada tunangnya, Khalil, Mia Adriana telah menyebabkan ayahnya muflis. Khalil tidak hadir pada malam pernikahan mereka, sebaliknya Khalil menikahi Rita kerana duit. Dato Megat yang diserang sakit jantung, meminta Khuzairi untuk menjadi menantunya. Demi menutup malu, Mia sanggup berkahwin dengan Khuzairi walaupun mengganggap Khuzairi kekampungan dan kolot.
Bermulanya kehidupan baru Mia Adriana bersama Khuzairi di kampung. Sepanjang berada di kampung, Mia Adriana memang menjadi kebencian Mak Leha, mak tiri Khuzairi. Mak Leha membenci Mia kerana dia memusuhi Puan Hayati. Terjadi pelbagai pergaduhan antara Mia, Mak Leha dan Syakilla, tunangan Helmi yang menaruh hati pada Khuzairi. Perhubungan Mia dan Khuzairi juga selalu pasang surut. Khuzairi juga tersepit kerana dia terlalu menghormati Mak Leha sebagai ibu sehingga dia selalu melukakan hatinya sendiri.
Kerana suatu peristiwa, Mia Adriana tersedar bahawa sememangnya dia mencintai Khuzairi sepenuh hati. Dia terlalu merindu anak kecil yang ditinggalkan tanpa melihat rupanya. Namun, cukupkah masa 7 hari itu untuk meraih kembali cinta Khuzairi yang sudah membeku? Apakah Pak Samad mampu membela nasib Mia selepas dibuang oleh suami sendiri dalam rumah keluarganya? Tercapaikah hasrat Syakilla untuk menjadi isteri Khuzairi? Dan, apa pula nasib Helmi selepas dihalau keluar oleh Pak Samad selepas dia bersubahat dengan Khalil untuk meracun kambing-kambing Khuzairi? Apakah pekerjaan Khuzairi selain pengembali kambing yang menjadi kegilaan anak-anak gadis kampung?
… 
Sinopsis dari novel dia :
Novel ini menceritakan Khuzairi yang mencintai  Mia Adriana dari zaman sekolah lagi. Mencintai tidak semestinya harus memiliki. Mia Ardiana seorang gadis yang sombong dan sifat angkuhnya membuatkan Khuzairi tidak berani meluahkan perasaannya. Namun Setelah sekian lama terpisah mereka dipertemukan kembali. Kini Mia seorang Lawyer dan mempunyai firma guamannya sendiri bersama papanya Dato megat Idrus. Mia yang telah bertunang dengan sepupunya sendiri Khalil.
Tan Sri Johari, papa Khalil telah berhutang dengan sejumlah wang yang besar dengan keluarga Mia. Khalil pula berjanji akan membayar sejumlah wang tersebut di hari pernikahannya. Wang tersebut penting, Jika Khalil tidak membayar sejumlah wang tersebut pada hari pernikahan, Lesen dan firma guaman Mia akan di tutup kerana pecah amanah. Namun Pada hari pernikahannya Khalil tidak menghadirkan diri  sebagai pengantin lelaki malah Khalil lari kerana rela menjadi pak sanggup kerana wang ringgit. Kerana terlalu terkejut Dato Megat diserang sakit jantung dan mengamanahkan Khuzairi menerima Mia sebagai isteri dengan rela hati. Demi menutup malu dan amanah yang diberi diterima dengan rela hati tetapi tidak pada Mia yang mengganggap Khuzairi kekampungan dan kolot. MIa terpaksa menerima hakikat hidupnya yang dia tidak ada apa-apa lagi setelah segala kesenangan yang dimiliki hilang dalam sekelip mata. Di kampung terlalu banyak dugaan dan cabaran yang perlu dilalui. Kerana kesombongan Mia dia dibenci oleh mak mertua dan adik ipar ( Helmi ). Pelbagai cara mak mertuanya dan Helmi cuba mengusir dan memisahkan khuzairi dan Mia tetapi gagal. Khuzairi melayan kerenah isterinya dan kadang kala tersepit antara mak dan isteri .
Khuzairi menutup hatinya untuk Mia bila Mia tegar meninggalkan anak yang baru lahir. Diwaktu itu Khuzairi rasa dirinya terlalu hina hingga Mia sanggup melakukan perkara itu padanya. Mia mula tersedar dan insaf bila Buntat sepupu Khuzairi yang seorang budak yang lembab menolongnya dari kengkaman Khalil hingga nyawa dipertaruhkan. Buntat meninggal dunia. Selepas itu Puan Roziah meninggal dunia kerana sakit. Dari situ Mia cuba untuk berubah. Dalam mia ingin berubah , Mia dikhabarkan dengan satu berita Khuzairi bakal berkahwin dengan Syakila sepupu Khuzairi. Mia nekad dalam masa 7 hati dia ingin merebut cinta Khuzairi dan membetulkan keadaan sebelum dia pergi membawa diri ke UK. Dalam masa 7 hari dia terlalu banyak dugaan baginya 7 hari tak lama. Mia menggunakan waktu itu dengan sebaik mungkin. Dengan pertolongan bapa mertuanya dan Sofie sepupunya yang paling rapat segala rancangannya terlaksana.
Sinopsis dari kulit novel
“Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan ? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri ! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya ! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawa cermin ke suluh muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati ! So … apa kata kau berambus sekarang ! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau ! ”

Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

Berbagai kata nista dan makian yang di lemparkan pada lelaki ini. Bungkam Khuzairi mendengarnya, namun demi satu amanah Khuzairi terpaksa menelannya, demi satu amanah Khuzairi hanya mampu bersabar.

Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?

Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma
nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.

 
 Petikan-petikan yang menarik dalam novel
Setelah 12 tahun terpisah mereka bertemu kembali.
“Emm.. saya rasa kita macam pernah kenallah,” ujarnya lembut. Makin tajam jelingan Mia Adriana.
‘ya ke ? Kalau betul, itulah kesalahan yang paling besar yang pernah aku buat dalam hidup aku sebab kenal orang macam kau,” balas Mia Adriana inis lalu terus melintas jalan dengan wajah yang masam mencuka. Lelaki berkaca mata itu menggeleng-gelengkan kepala melihat kesombongan gadis muda itu.
“Berlagak betul perempuan tu ya Ri. Kalau dia tu dah kahwin memang malang betul lelaki yang dapat bini macam tu.Kau ni pun satu, yang kau cakap macam tu tadi kat dia baut apa. Manusia berlagak macam tu kalau betul kau kenal pun buat-buat tak kenal aje,” tegur Zaini bernad geram. Khuzairi sempat menarik nafasnya perlahan.
“Aku bukan saja cakap macam tu, tapi aku rasa , aku macam kenallah dia. Tak salah aku kan, dia tu macam tu macam ada iras-iras…”
“Mia Adriana?” Panta Zaidi mencelah. Khuzairi mengangguk perlahan sebelum masuk ke dalam kereta.
“Yalah Ri, aku pun rasa macam dialah. Aku ingat betul part mulut laser dia tu. Kalau betul itu Mia kira makin cunlah dia sekarang ni. Tapi yang menyakinkan aku itu dia…” Belum selesai zaidi menghabiskan ayatnya, Khuzairi menyampuk, “Mungkin sebab sekarang rambut dia dah panjang kot. Itu yang kita tak berapa cam muka dia.” Terus Zaidi menggoyangkan jari telunjuknya.
“”Tak.. tak . bukan sebab rambut dia, tapi aku yakin itu memang dia. etakat ini dalam usia aku yang nak mencecah 29 tahun ni, hanya itulah satu-satunya spesies manusia buruk laku yang aku pernah jumpa. Confirmlah dia Ri,” jelas Zaidi sambil mengetip ibu jarinya.
Hadirnya ke Majlis pernikahan itu sebagai tetamu tetapi bertukar menjadi pengantin lelaki apabila pengantin lelaki tak hadir. Demi menutup malu dan amanah yang diterima dia menggalas tanggungjawab itu.
“Pak cik , dengan ikhlas hati saya rela untuk memperisterikan MIa Adriana dengan syarat Mia sendiri ikhlas untuk menerima saya sebagai suaminya.” Setitis demi setitis air mata berderi dipipi Dato’ Megt Idrus. Pipi Khuziri dipegang. Kemudian mata Dato’ Megat Idrus beralih pada anaknya yang kelihatan memicit-icit kepalanya. Jantung Mia Adriana berdegup kencang. Serasa menggigil seluruh badannya mendengar jawapa Khuzairi tadi. Mia Adriana sedar semua mata sudah terarah padanya. Nafasnya ditarik dalam – dalam. Wajah Khuzairi dikerling sekilas sebelum bersuara.
“Pa, Mia rasa ini bukan jalan penyelesaiannya pa,” ujar Mia Adriana perlahan. Dato’ Megat Idrus tersenyum pht mendengar jawapan anaknya itu.
“Kalau dah macam tu Mia cakap, papa akan ikut. Papa dah biasa Mia, dah terlalu biasa dengan jawapan Mia yang begitu, memang dah tersurat sampai papa tutup mata pun Mia tak akan pernah nak dengar akap papa,kan? Ri… terima kasih sudi bahagiakan pak cik walaupun untuk sesaat, terima kasih ya nak, Zie papah abang….”
“Tak apa pak cik biar saya papah,” celah Khuairi. Dato’ Megt Idrus terus perpaut pada lengan anak muda itu. Zaidi turut membantu. Sebaik saja Mia Adiriana bersuara lantang.
“Papa, Mia dengan ikhlas hati menerima Khuzairi sebagai suami Mia.” Bagaikan nak terputus nafas Mia Adriana menghabiskan ayatnya. Laju air mata membasahi pipi. Dato’ Megat Idrus memejamkan matanya rapat seraya memanjatkan rasa kesyukuran pada yang Maha Esa. Kemudian perlahan-lahan dia berpaling. Tangannya didepangkan pada anak kesayangannya. Mia Adriana dalam deraian air mata terus mendpatkan papanya. Tubuh tua itu dipeluk kejap.
“Papa pergi hospital ya?? Mia sayang papa…. Papa jangan tinggalkan Mia ….” Tangis Mia Adriana.
“Ya sayang…papa ikut cakap Mia. Papa pun sayang Mia…” Khuzairi yang berdiri disebelah, nampak seperti menenangkan dirinya. Mana tidaknya dalam masa beberapa minit lagi dia akan menggalas satu tanggung jawab yang tidak pernah terlintas dalam akal fikirannya untuk berlaku masa sesingkat ini.

Setelah kematian Dato Megat Idrus , Mia Dibawa kekampung suaminya. Oleh kerana sikap angkuh Mia pertengkaran dan sindiran antara menantu dan mak mertuanya saban hari.
“Tak guna punya orang tua! Cukuplaj badan tu besar tempayan, tak payahlah mulut tu pun sama besarnya. Eeee… geramnya aku! Berani di sindir – sndir aku. Dasr orang tua tak sedar diri. Dia ingat aku heran sangat nak tinggal dalam rumah buruk dia ni. Hish, Khuzairi ni pun satu, kalau ya pun nak berambur k mana pun, siapkanlah dulu makan minum aku dalam bilik ni. Macam dia tak tau, mak dia tu tak suka aku,” omel Mia Adianan dengan wajah yang baran. Dia mengambil telefon bimbitnya. lalu cuba mendail namun panggilan masih disekat. Buat apalah dia nak buang masa mendail lagi. Tak ada hamba Allah yang baik hati tiba-tiba nak bayar bil untuk dia. Mia Adriana berfikir seketika, kemudia dia terus keluar dari bilik. Dari atas rumah mia Adriana memanggil adik iparnya.
“Nadia..” Nadia yang sedang memesin kelapa terus terhenti.
“Ada apa kak? tanyanya lembut. Mak leha suah menjeling pada menantunya. Mia Adriana serba salah.
“Emm, boleh pinjam handphone sekejap, akak nak call abang,” beritahu Mia Adriana. Mak leha Mencebik.
“Kejap ya kak, Nadia basuh tangan,” jawab Nadia sopan.
“Hai, telefon orang kaya mahal-mahal tak ada kredit? eh Nadia, kamu tak segan ke nak pinjam telefon murah kamu tu. Allah , mak terlupa pulak, orang kaya dah jadi orang kayap. Itu yang terhegeh-hegeh ikut abang long kamu balik.” Bisa sungguh kata-kata emak mertuanya itu. Mia Adriana mengetap giginya sekuat hati menahan rasa marah yang eramat disaat ini.

Hidup Mia Adriana menjadi huru – hara bila dia terpaksa berdepan dengan Mak andak dan Buntat. Mak andak meroyan sejak pemergian anak bernama Ayu dan Buntat budak lebab akal yang kurang kasih sayang ibu.
” Hei.. pergilah, aku bencilah tengok muka kau,” arah Mia Adriana dengan suara yang dikeraskan.
“Tadi …. Buntat tunggu kakak nak makan sekali, tapi abang doktor kata kakak tak nak makan. Buntat nak panggil kakak, abang doktor tak bagi. Kakak lapar ya?” Buntat teru bercerita tanpa mempedulukan arahan Mia Adriana. Dia bolehberdiri disebelah pula. Mia Adriana sudah mengecilkan mata.
“Kau ni memang nak cari nahas betullah,” getus Mia Adriana. Terus telinga Buntat dipulas sekuat hati. Terjerit Buntat.
“Sakitlah kakak, sakit!” Buntat sudah hendak menangis. Mia Adriana menunjal-nunjal pula kepalanya.
“Kau ni dahlah bodoh! lembab! lepas tu tak reti bahasa pulak! Aku cakap berambus, berambuslah…… Kau ingat aku suka sangat dengan kau? Aku jijiklah tengok kau!” Tengking Mia Adriana. Dalam waktu yang sama dia menunjal kepala Buntat dengan kuat hingga henak terbalik Buntat ke belakang. Nasib baik di kala itu Nadia sempat mencapainya. Buntat sudah memegang telinganya dengan mulut yang tercebik-cebik seperti hendak menangis.
“Kak Mia, kenapa Kak Mia buat Buntat macam tu?” soal Nadia separuh terkejut. Mia Adriana tidak pula merasa bersalah dengan perbuatannya. Dia boleh menjeling lagi pada adik iparnya.
“Kak Ya, kenapa kakak tarik telinga Buntat? Buntat tak jahat, Buntat sayang kakak..”
“Eeiii… menyirap betul darah akulah dengan budak ni.. Lebih baik kau bawak dia pergi dari sini sebelum aku tampar dia! Tak sedar diri punya budak! Masih berani lagi kau nak cakap sayang, siapa nak sayang dengan kau!” jerkah Mia Adriana. bukan saja Buntat terkejt, Nadia sekali turut terperanjat mendengar jerkahan kakak iparnya itu. Mia Adriana benar-benar mengamuk sakan nampaknya.
“Dah, Jom Buntat kita masuk. Nanti Kak Ya taruk minyak kat telinga tu.” Buntat menangis. Nadia Sudah tidak terkata apa melihat perangai kakak iparnya. Baru Nadia bergerak separuh jalan, man andak pula muncul.
“Ayu… Ayu, mak dengar suara Ayu tadi. Mak tau Ayu ada kat sini. Mari kat mak nak, mak dah mandi. Ni.. ni.. tengok kuku mak , tak panjang dh. Bapak Ayu dah potong, Ni.. ni.. baju mak wangi.. ” Mak andak sempat pula mencium lengan bajunya. Nadia mula resah, sebaik melihat wajak kakak iparnya yang sudah berubah merah itu.
“Mari mak andak, kita balik rumah. Itu bukan Kak Ayu. Mari mak andak.” Nadia cuba memujuk permpuan tua itu.
“Kei.. kau buta ke? Itu kan anak aku Ayu. Dah, kau pergi… pergi..” Mak andak menolak tangan Nadia yang hendak memegangya.
“Ayu, mari dekat mak nak. Mak teringin sangat nak peluk Ayu, nak cium Ayu. Mak rindu sangat dengan Ayu..” Mak andak merapati Mia Adriana. Elok dia hendak memegang tangan kakak ipar Nadia itu, dengan kasar Mai Adriana terus menepis tangan mak andak. Terkejut perempau tua itu.
“Hei perempuan gila! Kau jangan berani nak pegang aku ya? Kau dengan anak kau yang terencat tu, sama aje gilanya! Hei… Hei… kau pandang aku, jangan kau tunduk muka kau! Angkat kapala kau tu!” herdik Mia Adiana sambil menampar-nampar kedua-dua belah muka mak andak denan kuat. Mak andak sudah mengeleng-geleng dalam keadaan ketakutan.

Dalam ke sensaraan hidup Puan Roziah Ibu tiri Mia , Dia didatangi oleh seorang lelaki  bernama Rahim.Hidupnya melarat setelah dihalau oleh Mia.
“Eh, maaf ya Encik Rahim. Tak ada tempat duduk.Nak ajak masuk pun tak ada siapa kat rumah.Ni ada kerusi plastik, tapi buruklah. Maaflah kalau Encik Rahim tak selesa nak duduk.” Puan Roziah menyorong kerusi palstik ke arah pintu.
“Tak kak, saya tak ada masalah. Terima kasih, tapi akak pun janagnlah berencik-encik dengan saya, panggil Rahim sudah,” ujar Rahim berbahasa lalu duduk di atas kerusi itu.
“Macam ni kak. Dalam envelope ni, ada geran tanah atas nama Kak Roziah…”
“Nama akak?” Puan Roziah terus menggeleng.
“Eh Rahum silap tak, akak tak ada harta. Suami akak pun dah tak ada apa-apa harta,” nafi Puan Roziah brkali-kali. Rahum mengeluarkan geran tanah itu.
“Ni.. akak tengok sendiri, Riziah binti Hamdan, betul ini nama akak kan?” Puan Roziah mengangguk perlahan. “Tapi..” Rahim terus memotong, “Sebenarnya kak, saya baru tahu mengenai kematian rwah Abang Megat dalam dua minggu yang lepas. bila saya balik semula ke Malaysia. Sebelum ni saya berkerja di Cardiff, United Kingdom.” Rahim mula bercerita.
“Tapi akak masih tak faham macam mana geran tanah tu boleh ada nama akak. Lepas tu , ada kat Rahim pulak. Hish, bingung akak dibuatnya,” ujar Puan Roziah yang nampak tidak senang duduk itu. Rahim tersenyum melihat kekalutan di wajah isteri arwah abang angkatnya itu.
“Biar saya terangkan pada akak dengan lebih jelas. saya dulu pernahmenghadapi masalah kewangan yang cukup teruk kak, sampai tutup business saya. Atas dasar sebagai seorang sahabat sahaja kak, arwah Abang Megat sanggup bantu saya. Dia tolong jelaskan duit kereta saya yang nak ditarik, rumah saya yang hampir dilelong. Sampaikan modal berniaga pun dia bagi pada saya kak tanpa sebarang surat, atau apa-apa pun perjanjian, hanya beraksikan Allah ssahaja. dia tidak pernah anggap apa yang diberi ni sebangai hutang, dia ikhlas menolong saya.” Rahim terhenti dia menjadi sebak tiba-tiba. Puan Roziah turut tersentuh mendengar perihal suaminya itu. Matanya sudah berkaca-kaca. Rahim meraup wajahnya sebelum menyambung bicara, “Tapi saya katakan pada arwah berkali-kali syang saya berjanji akan bayar balik apa yang arwah dah berikan pada saya. Arwah abang cuma kata waktu tu, Kalau saya nak bayar jugak carikan tanah dan letakkan nama isterinya Roziah, sebab dia kata, sepajang kakak hidup dengan dia , dia tak pernah memberi kakak apa-apa. Kesetiaan , keikhlasan kakak menyayangi diri dia dan anak tunggal dia , tak akan dapat dibalas walau ditukar dengan nyawa dia sekali pun.” sendu suara Rahim.


Khalil menagih kasih setelah meninggalkan Mia Adriana dulu. kerana itu dia sanggup menabur fitnah dan pembohongan agar Khuzairi meninggalkan MIa dan mengharapkan Mia dapat menerimanya kembali.
“Ri, mak kamu kata, masa dia keluar tadi dengan Mi dan Ila, dia bertembung dengan bekas tunang Mia, siapa nama dia tu?”
“Khalil..” sampuk Mak Leha perlahan. Khuzairi mengerutkan dahi.
“Ha Khalil… Khalil ni bercarita kat mak kamu, yang dia dengan Mia dah pernah….. Hish, payah abah nak cakap…” Pak smad terhenti. Khuzairi menghela nafasnya.
“Mia tu bukan perempuan baik Ri. Dia dah rosak. Khalil sendiri mengaku depan mak , dia cakap dia sanggup bertanggunjawab. Dia tinggalkan Mia tu dulu pun sebab dia nampak Mia tu pernah buat jahat dengan jantan orang putih. Ya Allah, perangai dia sebijik macam mak dialah bang.” Air mata Mak leha kembali berderai. Khuzairi sudah menggeleng.
“Ri tak percaya mak. Ri kenal siapa Mia. Ini semua fitnah yang dibuat oleh Khalil mak. Ri tau kenapa dia sampai sangup jumpa mak, sebab dia dah terlampau terdesak nakkan Mia semuala mak. Mak tolonglah dengar cakap RI. Apa yang Khalil kata tu semuanya tak etul mak. Percayalah cakap Ri.” Khuzairi menyakinkan emaknya. Mak Leha mengeleng tanpa henti.
“Entahlah Ri. Hati mak ni berat mengatakan apa yag Khalil cakap tu betul. Ri saja nak selindung keburukan Mia tu. Sekarang mak nak tanya dengan Ri dari hati ke hati. Ri jawab soalan mak ni dengan jujur. Ri seorang lelaku, terpelajar pulak tu, mak tanya Ri, Mia tu dah rosak ke belum masa Ri sentuh dia? Ri fahamkan maksud mak?” Khuzairi bungkam mendengarnya.
“Hisym kamu ni Leha , sampai ke situ pulak nak ditanyakannya. Itu kan hal bilik tidur, peribadi orang. Kalau Ri dah kata apa yang Khalil ckap tu tak betul, kamu terima ajelah , dia suamunya. Takkan itu pun dia nak cerita kat kamu.” Marah Pak samad. Mak Leha mengeat air matanya.

Berita gembira pada Khuzairi tapi tidak pada MIa Adriana.
“Mia mengandung kan?” soal Khuzairi perlahan. Sekali lagi darah Mia Adriana berderau. Gelisah sungguh dia.
“Mana ada. Kau boleh tak jangan nak cakap benda-benda mengarut macam ni,” marah Mia Adriana dalam usaha untuk meredakan kegelisahan hatinya.
“Abang tau Mia mengandung . Abang tau Mia Mengandung sayang. Abang gembira sangat, syukur ya Allah, syukur pada-Mu,” ujar Khuzairi. Tangan isterinya dicium berkali-kali. Mia Adriana terus jadi sakit hati. Sehabis tenaga dia merentap tangannya. 
“Apa yang kau nak gembira sangat ni? Aku tak bersedia lagi! AKu tak nak anak tu,” bentak Mia Adriana lalu terus berlalu ke tingkap. Khuzairi menggeleng mendengarnya. Pantas dia mendapatkan iserinya.
“Mia , kenapa Mi perlu buat macam tu? Kenapa Mia nak buang dia dari hidup Mia? Dia tak bersalah Mia,itu anak kita.” Berdesing telinga Mia Adriana mendengar ayat akhir suaminya itu. Terus dia berpaling.
“Anak kita?” Soalnya kasar.
“Anak abang…” Khuzairi terus membetulkan ayat. Mia Adrianan mendengus.
“Mana kau tahu itu anak kau. Kua sendiri pun meragui aku, sebab tu kau sanggup memperlakukan aku sampai macam tu sekali.” Khuzairi mengeleng.


Dendam Khalil tak pernah Padam kini dia berkomplot dengan Helmi untuk menghancurkan Khuzairi.
“Aku tangkap Helmi ni Abang Mad dengan Kawan dia dalam kereta merah tu masa mereka taruk racun dalam dedak makanan kambing Ri. Kalau tak percaya , botol tu ada kat Halim,” terang pak andak sambil tangannya menunjukkan ke arah lelaki bernama Halim. Terkejut Khuzairi mendengarnya. Namun belum sempat dia bertindak, Pak Samad sudah meluru pada anaknya.
“Jahanam punya anak! Sanggup kau khianat abang kau sendiri!” pekik Pak Samad. Sebuah penampar singgah di muka Helmi Jika Mak Leha tak cepat-cepat bangun memegang badan anaknya memang Helmi sudah tersungkur menyembah tanah. Helmi memandang abahnya dengan nafas yang turun naik.


Rayuan Khuzairi tidak diindahkan .
“Mia , perlu ke kita tinggalkan tempat ni dengan melukakan hati orang tua? Mia dah pun jadi eoran ibu kan? Mia mesti faham, macam mana hancurnya hati seorang ibu, bila anak dia sanggup buang dia daripa hidupnya. Abang akui , mak ada juga buat salah pada Mia dan abang minta maaf sangat-sangat bagi pihak mak, tapi memuang dia bukan penyelesaiannya Mia. Walaupun dia cuma emak tiri adang tapi selepas arwah mak abang meninggal. dia yang membesarkan abang. Tak pernah luak walau sikit pun kasih dia pada abang Mia. Tolonglah Mia, jangan mintak abang buat macam tu. Abang rayu pada Mia. Abang janji, lepas ni abang akan pastikan mak tak akan sakiti hati Mia lagi,” pujuk Khuzairi. Lama Mia Adriana memandang suaminya sebelum dia bersuara.
“Selamat tinggal Khuzairi, kau mungkin anak yang terbaik pada mak kau, tapi kau bukan suami yang terbaik pada aku. Lepas aku pantang. kau lepaskan aku. Peguam aku akan hantar surat pada kau nanti. Kali ni jangan kau cuba lagi nak mempermainkan hidup aku. Aku dah muak dengan janji kau. Aku dah muak dengan pujuk rayu kau. Ingat, kalau kau tak nak lepaskan aku dengan cara yang baik, aku tetap akan tuntut fasakh dan aku juga akan tuntut hak penjagaan Alisa dimahkamah. Dan kau sendiri tahukan, untuk seorang bayi pasti ibunya yang akan mendapat hak penjagaannya. Aku akan bawa Alisa pergi jauh daripada hidup kau untuk selama-lamanya.” Kasar suara Mia Adriana. Khuzair bungkam seketika. Mia Adriana yang ingin masuk ke dalam kereta berpaling semula.
“Oh ya, buku bank dengan kad aku dah letak atas meja dalam bilik kau. Nanti aku dapatkan nombor akaun mak kau daripada Nadia. AKu akan masukkan semua duit tu dalam akaun dia. Mesti mak kau gembira nanti, makin bertambah-tambahlah kasih sayang dia kat kau,” kata Mia Adriana dengan wajah bersahaja. Namun Niat Mia Adriana untuk masuk ke dalam kereta terbantut bila suara Khuzairi menahannya.
“Mia , betul ke Mia dah nekad nak pergi dari hidup abang? Takkan tak ada sedikit pun kebahagiaan yang Mia rasai sepanjang hidup dengan abang, Mia?” suara Khuzairi sayu.
” Dahlah Khuzairi, aku tak nak cakap lagi perkara ni, sebab aku sendiri tak tau jawapannya, Aku sendiri tak pasti perasaan aku pada kau. Kalau boleh yang kau cakap kat aku yang kau cintakan aku selama ni, hari ni kau buktikan kata – kata kau tu, kau lepaskan aku pergi. Bagi aku cari kebahagiaan aku sendiri. Mulai hari ini berhentilah mencintai aku kerana aku takkan kembali lagi dalam hidup kau. Kau bukalah pintu hati kau untuk orang lain. Aku pasti saat itu kau akan merasai kebahagiaan yang sebenarnya.”


Penyesalan menyelubungi diri . Mia Adriana hanya mempunyai 7 hari untuk meraih cinta suaminya dan memperbetulkan segala kesilapan yang lalu sebelum dia pergi jauh.
“Aku tak salahkan Khuzairi Fi, Tak pernah dan tak akan salahkan dia. Aku tau, dia dah cukup derita hidup dengan aku selama ni. Mungkin dah tiba masa untuk dia mengecapi kebahagiaan yang sebenar dalam hidup dia. Lagipun, Syakila memang dah lama cintakan dia. Aku yakin Syakila mampu memberi kebahagiaan pada Khuzairi. Cuma… aku terlalu ralat dan terkilan kerana tak pernah menghargai cinta Khuzairi selama ini dan saat cinta aku hidup untuk Khuzairi, cinta dia pula telah berkubur pada aku. Agaknya inilah yang dikatakan suratan takdir,kan Fi? Takdir yang harus aku lalui diatas kesilapan aku sendiri,” Luah Mia Adriana dengan suara yang brgitu sayu sekali. Berderai – derai air mata membasahi pipinya. Sofi kehilangan kata-kata. Bahu sepupunya diusap lembut. Mia Adriana memejamkan matanya seketika, bagaikan mengumpul semangatnya. Nafasnya dihela perlahan sebelum dia bersuara semula.
“Betul kau cakap Fi, aku kena kuat. Demi Alisa. aku harus kuat. Sebab tu aku nekad nak balik kampung. Aku akan telan walau apa pun penerimaan Khuzairi dan keluarganya pada aku. Selama ni aku dah sia-sia kan cinta Khuzairi dan aku tahu selepas ni tak akan ada lagi lelaki yang sanggup mencintai aku setulus dia. Sebab tu aku balik kampung Fi. Aku ingin rasakan cinta dia semula. Aku ingin rasa kasih sayangnya. Walaupun aku hanya mendapat cintanya dalam masa tujuh hari, tapi pada aku, itu sudah lebih daripada cukup Fi. Aku berharap sangat-sangat dan amat bersyukur jika Khuzairi boleh mencintai aku dalam masa seminggu yang ada ini.Cukuplah tujuh hari mencintaiku, itu sudah lebih membahagiakan aku,” ucap Mia Adriana dalam tangisan yang begitu memilukan. Sofi Mengangguk. Dia turut menitiskan air mata.
“Aku doakan kau akan dapat kebahagiaan tu Mia. Aku akan sentiasa mendoakan kau,” kata Sofi.
“Terima kasih Fi. Dalam masa tujuh hati nanti banyak kerja yang aku perlu selesaikan disana. Selepas tu aku akan pergi jauh, jauh dari sisi Khuzairi,” bisik Mia Adirana pula.

Sponsored Links :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...