Saya setia dengan Umno- Khairy Jamaluddin

khairy jamaluddin, gambar khairy jamaluddin tak keluar dewan parlimen,

Ramai yang memuji tindakan YAB Khairy Jamaluddin semalam kes yang ramai-ramai keluar dewan parlimen berkenaan membantah perlantikan speaker yang dilantik tidak ikut SOP.

Jawapan KJ sgt pintar…mendahului pemikiran rakan2 yang lebih dewasa.

Di sebalik tindakan melawan arus apabila tetap duduk ketika rakan-rakannya keluar Dewan Rakyat semalam, bekas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menegaskan beliau tetap setia dengan parti itu.

Khairy yang juga anggota parlimen Rembau berkata demikian ketika ditanya apakah beliau akan meninggalkan parti Melayu itu.

“Tentulah tidak, saya setia dengan parti saya,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.

Semalam Khairy mengambil keputusan tidak keluar dari Dewan selepas rakan-rakan pembangkang lain memboikot pelantikan Datuk Mohamad Ariff Yusof sebagai speaker Dewan Rakyat .

Turut mengambil sikap sama ialah Anggota Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman dan bekas ketua Wanita Umno, Mas Ermiyati.

Pelantikan itu dipertikaikan pembangkang kerana didakwa tidak mengikut Peraturan Mesyuarat berdasarkan peruntukan 4 (1) berkaitan 14 hari pemakluman kepada anggota Dewan Rakyat.

Bagaimanapun Khairy berkata beliau mengambil keputusan itu kerana mahu menghormati majlis dan menganggap keluar Dewan bukan cara menyatakan bantahan.

Beberapa hari sebelum itu, Khairy juga dilihat mengkritik pelantikan Tan Sri Mohamed Apandil Ali sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno, sebelum ditolak oleh bekas Peguam Negara itu.

Beliau menyifatkan pelantikan itu sebagai memalukan.

Selain itu, beliau turut menyatakan keresahan terhadap hala tuju yang diambil parti itu.

Beliau yang tewas dalam pertandingan kerusi presiden Umno bulan lalu berkata Umno kini semakin ke arah perkauman selepas tewas pada PRU ke-14 dan kini menuju jalan ‘kehancuran’.

Disindir supaya sertai HARAPAN

Tindakan Khairy tidak menyertai rakan-rakan partinya keluar Dewan Rakyat semalam mengundang kecaman daripada pemimpin Umno.

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menyifatkan tindakan itu sebagai tidak menghormati parti dan menegaskan Khairy perlu mematuhi keputusan parti dan bukannya mengambil keputusan sendiri.

Setiausaha Agung Umno Tan Sri Anuar Musa pula berkata tiada tindakan akan diambil terhadap anggota parlimen Rembau itu kerana Umno mengamalkan dasar terbuka.

Bagaimanapun Annuar menerusi Twitternya hari ini dilihat menyindir pemimpin muda itu dengan mengatakan adalah lebih baik sekiranya beliau menyertai Pakatan Harapan (HARAPAN).

“Pembangkang yang credible yang bertindak seorang-seorang, yang bila ada pre-council tak payah hadir, bila ada perbincangan sesama MP tak payah join.

“Bila kawan-kawan bangun bercakap kita diam saja, yang credible ikutlah PH (HARAPAN),” tulis Annuar di Twitternya pagi tadi.

Khairy ketika ditanya mengenai komen Annuar itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

“Saya tak nak cakap soal parti di tempat awam, saya boleh buat macam tu tapi saya tak nak,” katanya.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top