Sah Datuk Siti Nurhaliza Mengandung 4 bulan!!

Sekian lama menghilangkan diri, akhirnya Datuk Siti Nurhaliza membiarkan rahsianya didedahkan malam ini.Ikuti sidang media khas ini bersama Datuk Siti Nurhaliza.  Tahniah buat datuk siti mengandung sudah 4 bulan. 

KUALA LUMPUR: Sah! Penyanyi Nombor Satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin hamil.

Pengesahan itu dibuat di kediaman beliau di Ampang, Selangor malam tadi. Menurut Siti, kandungan beliau sudah berusia empat bulan. Berita baik tersebut dikongsi oleh Siti selepas majlis kesyukuran dan doa selamat yang diadakan secara tertutup di kediamannya yang dikongsi bersama suami tersayang, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan beberapa orang anak mereka.

 datuk siti nurhaliza mengandung 4 bulan,

Sebelum itu, kira-kira jam 8.45 malam, Siti memuat naik entri di Instagram untuk memberitahu tentang pengumuman tersebut.

Menerusi sesi ‘live’ tersebut, beliau juga berkata yang beliau akan membantu wanita yang senasib dengan dirinya.

Siti juga berkata beliau akan berehat dari karier nyanyiannya walaupun ada beberapa komitmen yang perlu dipenuhi beliau.

Spekulasi sudah mula bertiup kencang sejak beberapa bulan lalu tentang beberapa persoalan terrmasuk perihal peribadi itu.

Siti mendirikan rumahtangga dengan usahawan, Khalid kira-kira 11 tahun lalu dalam satu acara gemilang yang diadakan di Kuala Lumpur.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top