Resepi buat aiskrim Oreo cara mudah

oreo , oreo ice cream, gambar oreo aiskrim

Hari itu kita dah kongsikan mengenai resepi cara nak buat aiskrim choki-choki, mudah jer kan? So hari ini kita sambung pula untuk tutorial cara nak buat aiskrim yang mudah juga nih. Aiskrim Oreo nama dia.

Apa yang penting ialah bahan asas dan utama kenalah ada, kalau takda, memang tak payah buatlah. Beli je habis cerita.

Bahan bahan Ais krim Oreo

  • 1 tin susu cair (apa-apa pun boleh, janji ada Halal Logo!!)
  • 1/4 tin susu pekat.*kurangkan sukatan kalau nak kurang manis, bergantung la yer.
  • 1 Sudu kecil esen vanilla
  • 1 peket biskut oreo, belilah dua tiga peket, kalau tak jadi boleh cover. Haha
  • 1 sudu besar Ovalett *make sure halal ye
  • 1 biji telur ayam. Bukan telur orang yer.
Cara nak buat aiskrim Oreo.
Ok kita mulakan dengan baca bismillah.
  1. Asingkan biskut oreo dan krim
  2.  Hancurkan biskut oreo sederhana hancur.
  3. Untuk adunan ais krim masukkan susu cair, susu pekat, esen vanilla, telur satu biji tuh dan ovalett ke dalam mixer dan putar adunan dalam 15minit. Kalau takde mixer boleh gunakan blender.
  4. Kemudian bila dah nampak gebu dan berkrim masukkan separuh biskut oreo yang dah dihancurkan tadi ke dalam adunan. Putar lagi sehingga gebu dan berkrim dalam 5 minit lagi.
  5. Adunan dah siap masukkan adunan ais krim ke dalam bekas. Macam aku guna bekas aiskrim yang biasa aku beli tuh. Ataupun, guna Tupperware pun boleh juga. Huhu
  6. Boleh taburkan baki biskut oreo tadi di atas ais krim. Nak kasi mood dia lebih cantik dan kemas begitu.
  7. Dah siap tutup bekas dan simpan dalam peti ais. Tunggu sehingga ais krim sejuk beku dan sedia untuk di makan. Lebih kurang dalam 3-4 jam. Yahoooo.
 oreo ice cream, aiskrim oreo, gambar aiskrim oreo,

Tips lain, panduan buat homemade ice cream oreo. 
  • Bagi sesiapa yang alergik dengan telur, resepi ice cream ini tetap sedap dan menjadi walaupun tidak diletakkan telur.Jadi, tak payah risau atau susah hati kalau ada anak-anak yang tak boleh makan telur.
  • Jika anda masukkan telur, jangan takut ice cream akan berbau hanyir sebab tidak dimasak, kerana bau esen vanilla cukup untuk menghilangkan bau hanyir telur.
  • Jika anda tidak pernah menggunakan ovalett, ia merupakan sejenis bahan yang berfungsi sebagai penstabil dalam membuat kek misalnya kalau nak buat kek span. Sifatnya yang berasid akan membantu telur dalam adunan naik dan memerangkap lebih udara dengan lebih cepat.
  • Ovalett boleh didapati di pasaraya seperti Giant, Tesco, Mydin atau kedai yang menjual barang kek.
Amacam? senang bukan buat homemade ice cream oreo nih? Ikutlah family kita suka makan ice cream perisa apa, kalau anak-anak yang mintak, buatlah ikut kesukaan diaorang tuh. Jangan pulak dia mintak aiskrim magnum. huhu

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top