Permohonan reman ditolak-Kes Boy iman dbi properties

boy iman

PENGARAH Urusan DBI Properties, Datuk Noruliman A Rahman atau ‘Boy Iman’ dibebaskan Mahkamah Majistret Bukit Mertajam selepas permohonan reman dikemukakan polis ditolak mahkamah.

Majistret Dianne Nigrad Nor Azhar menolak permohonan reman ke atas Boy Iman dan tiga lagi pengarah Juta Kelulut Global Resources berhubung kes penipuan jualan rumah banglo.

Boy Iman, 37, bersama tiga lagi individu berusia antara 30 hingga 45 tahun itu tiba di perkarangan Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, pada 10.35 pagi.

Mereka ditahan di Ampang mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, pada 2 Oktober lalu.

Sehingga ini, 210 laporan polis dibuat mangsa seluruh negara dan satu daripadanya dipercayai dibuat di Pulau Pinang.

Peguam yang mewakili Boy Iman dan tiga lagi individu, Faizul Mohd Nasir, berkata anak guamnya itu akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (IPDSPT) sebelum dibebaskan.

Berita berkaitan

Ini dah kali keenam direman

Boy Iman kena reman lagi

Boy Iman kena reman dua hari [METROTV]

Boy Iman kena tahan

BUKIT MERTAJAM: Mahkamah Majistret di sini hari ini, menolak permohonan polis untuk mendapatkan perintah reman terhadap seorang ahli perniagaan yang disiasat berhubung kes penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta.

Majistret Dianne Ningrad Nor Azahar membenarkan ahli perniagaan itu dan tiga lagi individu lain berusia antara 30 hingga 45 tahun yang disiasat dalam kes sama, dibebaskan hari ini.

Peguam yang mewakili semua suspek, Faizul Mohd Nasir ketika ditemui, berkata pihaknya memohon mahkamah menolak permohonan reman terhadap anak guamnya memandangkan semua mereka sudah direman di beberapa mahkamah sebelum ini.

“Anak guam saya akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Tengah sebelum dibebaskan hari ini,” katanya.

Terdahulu, ahli perniagaan yang memakai baju lokap berwarna jingga itu tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pada jam 10.30 pagi.

Sebelum ini, ahli perniagaan itu dibawa ke Balai Polis Bukit Indah, Ampang pada 2 Oktober lalu kerana disyaki terbabit dalam penipuan jualan rumah yang membabitkan kerugian keseluruhan sehingga RM6.2 juta.

Sehingga kini, 210 laporan berhubung penipuan skim perumahan syarikat berkenaan diterima polis daripada mangsa di seluruh negara dan difahamkan satu daripadanya di Pulau Pinang.

Sebelum ini, ahli perniagaan berusia 37 tahun itu pernah direman di Ampang, Shah Alam, Selangor; Muar, Johor; Sungai Petani dan Kubang Pasu, Kedah serta Kangar, Perlis.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top