Peguam: Najib tak boleh tanda tangan watikah calon.


Pengerusi BN dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tidak dapat menandatangani watikah calon Umno dan BN untuk PRU ke-14, susulan pemfailan mahkamah berhubung kesahihan Umno, kata peguam Mohd Haniff Khatri Abdulla.
Mohd Haniff mewakili 15 anggota Umno yang memfailkan semakan kehakiman hari ini untuk mencabar keputusan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) membenarkan Umno menangguhkan pemilihan parti sehingga April tahun depan.
Menurutnya, Majlis Tertinggi dan Bahagian Umno terbatal bermula hari ini, manakala Cawangan Umno terbatal sejak 1 Mac lalu.
“Maka Najib tidak boleh menandatangani watikal calon ekoran kedudukan Umno yang kini menjadi pertikaian,” katanya kepada pemberita.
Salah seorang plaintif, Ketua Cawangan Umno Kampung Pandan Salihudin Ahmad Khalid berkata beliau telah menulis surat kepada ROS untuk bertanya tentang status parti itu tetapi tidak menerima apa-apa jawapan.
“Saya menjadi ketua cawangan sejak 2013. Hari ini saya bertanya sama ada jawatan saya sah atau tidak kerana tiadanya pemilihan peringkat cawangan yang sepatutnya diadakan pada 28 Februari tahun ini,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...