Panduan buat duit dengan blog part1

buat duit dengan blog, duit blog, panduan duit blog,

Buat duit dengan blog .

Ianya bukan lagi omong kosong. Sekarang banyak blog yang sudah menjana pendapatan dari 1 angka hingga ke 5 angka sebulan. Itu memang tidak dinafikan. Yang dapat menjana pendapatan dari blog 5 angka tuh memang tak ramailah. Memang ada, tapi kebanyakkannya semua tuh blogger yang sudah ada nama dan terkenal. Tidak kurang itu juga, ada yang masih dalam mood silent profile juga atau dikenali blogger misteri kita pun tak tahu siapakah blogger tersebut. Macam siakap keli, Mysumber, melvister , oh media dan sebagainya.

Buat duit dengan blog macam macam mana ya?

Banyak program pengiklanan yang boleh kita daftar secara percuma , kalau berbayar tuh maknanya scamlah. So benda macam inilah yang menjana pendapatan kita sebagai blogger. Sedikit sebanyak dapatlah menampung kos internet, dan juga kos hosting dan domain dalam setahun tuh.

Dah jom daftar program dibawah ini.

Bidvertiser.com





Make money from your Website or Blog with BidVertiser
Buat duit dengan blog popAds.

Boleh tahan juga dengan menggunakan platform PopAds ini. Dalam sehari boleh dapat satu dollar purata so dalam sebulan aku boleh dapat dalam 30 lebih usd.

Cumanya guna popads ini tidak mesra pengguna dan juga mengganggu untuk pembaca apabila mereka datang ke blog kita akan keluar pop up iklan. Dah namanya popads kan. Tapi boleh tahan masyuk. Dalam setiap bulan, memang aku akan cashout dalam 2,3 kali sebulan. Minimum untuk withdraw ialah 5 usd. Korang kena ada akaun paypal atau payoneer atau juga bank akaun pun boleh , tetapi mahu ada 1000 usd cukup baru boleh keluarkan.

Hurm nak cukupkan 1000 usd memang berjanggutlah korang. So better guna paypal akaun pun boleh dah. kan . Register dibawah ini.

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Mobicow.

Lebih kurang macam pops ads jugak. Dia lebih fokus kepada Mobile punya traffic korang. Kalau ada banyak traffic dari mobile memang masyuklah korang. Aku dalam sebulan akan dapat cashout . Minimum cashout sama macam popads.net.

 

Revenuehits.com

 

 

Yang ini pengiklanan macam -macam ada. Tapi itulah memang kebanyakkannya tidak mesra pengguna itu yang menjadi masalah buat para blogger. So untuk senang dan mudah. Lebih masyuk dan untung bagi blogger yang menjana pendapatan dengan membuat pengiklanan sendiri. Duit terus masuk akaun korang. Tinggal deal je dengan customer. Apa requirement yang dia nak.

Produk review/services.

Biasa memang ada bloger menawarkan perkhidmatan menulis review produk /services anda di blog. Ini sedikit sebanyak memberi gambaran kepada perniagaan anda. Apa yang anda jual, harga ditawarkan semua details boleh bagi kepada blogger. Tinggal blogger karang ayat. Ada baik dan ada buruknya. Yang baiknya produk yang kita tawarkan itu bila kita ada blogger review, menaikkan nama syarikat dan biasa orang akan google produk kita , bila produk kita direview dengan unsur positif dan ramai kita upah blogger semua tulis benda yang baik , sedikit sebanyak memberi nama baik untuk syarikat. Win-win situation.

Bersambung.

Sponsored Links :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...