Pandangan poknik mengenai drama NUR yang mengejutkan!!

nur, nur tv3,

TAKSUB SANGAT DENGAN DRAMA NUR
.
last2 masyarakat pandang serong pada golongan masjid yang ikhtiar mendirikan agama dan memperbaiki diri.
.
sedangkan golongan masjid yang rosak dan bermuka2 adalah super minoriti.
.
Tapi bersangka baik yang berlebihan pula pada golongan maksiat sedangkan bermacam gerakan sedang berlaku untuk memesongkan dan menyesatkan umat.
.
akhirnya si penziarah lorong2 hitam di tengah malam adalah lebih mulia dari si hamba yang solat subuh berjemaah setiap hari dan menangis di tengah malam mengharapkan keampunan Allah.
.
hanya kerana ada nukilan dari satu manusia yang menyebut ustaz melanggan pelacur.
.
suka2 dia sebut
suka2 dia buat cerita
satu negara percaya dan pandang serong pada golongan masjid
.
last2 yang akan kekal dalam kepala hanyalah 2 perkara
1. ustaz langgan pelacur
2. pelacur ada kemuliaan
.
sisi2 lain dalam dram tu tak akan ada orang ingat.
.
hati hati dengan jarum yang merosakkan pemikiran dan mengubah persepsi.
.
hati-hati dengan jarum yang mampu menjauhkan kita dari agama kita.
hati-hati dengan jarum yang akan menjauhkan masyarakat dari pendokong dan pejuang agama
.
siapa yang buat drama ni?
dari A sampai Z,
dari penulis skrip sampai pelakon tambahan
berapa ramai daripada mereka tu yang istiqamah di masjid?
Dan berapa ramai dari mereka tu pejuang agama?
.
.
kalau beli roti, 4-5 kali belek takut ada kulat.
sebab takut sakit perut jika makan.
sedangkan roti tu hanya jadi najis
.
tapi kalau bab pemikiran,
kalau bab idea
kalau bab indoktrinasi dan ideologi
.
terus terima bulat2
dan terus viral sana sini untuk bantu penyebaran ideologi
.
sedangkan ideologi ni boleh mempengaruhi keseluruhan generasi
.
dan mampu merosakkan dalam skala yang besar. Dan mencelakakan kita di akhirat.
.
lepas ni bertambahlah golongan yang mendidik anak supaya mencurigai golongan pendokong agama dan menyokong kaki maksiat
.
lahirlah lagi ramai siti kassim.
lahirlah lagi ramai golongan yang tak solat tapi tapi di anggap berhati baik
.
realitinya majoriti besar golongan masjid yang menyelusuri lorong2 hitam adalah untuk menyelamatkan umat
.
realitinya majoriti kaki maksiat di lorong hitam bekerja sesama mereka untuk rekrut lebih ramai kaki maksiat
.
.
.
Allahu Ramadhan dah nak pergi
Drama Nur pula yang datang mengganti
.
.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top