NOTA TERAKHIR BUAT harimau malaya,

aff, piala suzuki cup 2018, aff suzuki cup

Selamat sejahtera buat pasukan harimau malaya, coach dan semuanya sekali.

Tahniah buat skuad kebangsaan kerana berjaya melangkah ke pentas akhir untuk kejohanan piala aff suzuki 2018 kali ini.

Saya memang mengikuti perkembangan skuad ini dari peringakt kumpulan hinggalah ke peringkat final yang last sekali di stadium bukit jalil. Kita ketinggalan 0-2, namun diatas dasar perjuangan yang belum tamat, dan tidak mengenal erti putus asa pasukan kita berjaya bangkit dari kekalahan yang memalukan di tempat sendiri 2-2.

Apepun, kita masih lagi ketinggalan dan kelebihan buat pasukan lawan, vietnam yang mendapat dua gol pelawat disini. Bagaimana pula final di vietnam nanti?? Pastinya pasukan naga emas sudah mengatur strategi mereka sendiri, kita harap sangat jurulatih , tan cheng hoe dapat atasi lagi kelemahan yang harus ditutup jangan ULANG lagi kesilapan yang sama. Sudah dua kali harimau malaya buat kesilapan. Adakah kita akan ulangi kesilapan yang sama di tempat mereka hari sabtu ini??

Ingatlah semua wahai pemain harimau malaya. Kita sudah diberi dua peluang. Tinggal satu peluang untuk buktikan kepada kami…

kami tahu anda penat bermain bermati-matian di padang selama 90 minit. Training hari hari.

Tetapi Kami sebagai peminat datang dari jauh . 14 buah negeri semua datang bergabung tenaga, habis duit takda siapa yang bayar kami, berultras sama-sama . beli jersi, beli mafla .

Kami beli tiket, kami sanggup bayar beratus ringgit dari ulat tiket. Kami tak kisah, janji kami dapat tengok pemain kami.

Kami sanggup beratur sesak beli tiket , bergaduh dengan orang ramai. Demi harimau malaya.

Tetapi perlawanan timbal balik ini di hanoi vietnam. Kami tidak dapat datang kesana. Tetapi kami dari sini jauh mendoakan perlawanan akhir kedua ini bawakan kami piala aff suzuki 2018 ke malaysia. 8 tahun tanpa kemenangan kali ini. Kita harap pasukan harimau malaya menang tidak kira apa jua keputusan malam sabtu nanti. Keputusan positif diharapkan.

Biarlah tewas, tapi kalah bermaruah. 

Kami terima keputusan tewas ditangan vietnam disebabkan pemain mereka bermain bagus dari harimau malaya, tetapi kami tidak boleh terima kalau pemain malaysia sendiri yang buat kesilapan menyebabkan kita kalah.

Biar kalah bermaruah, jangan kalah sebab kesilapan kita. Ingat dua kali kita bagi peluang dekat vietnam. Pisang dah berbuah 2 kali. Takkan nak bagi vietnam pisang berbuah tiga kali??

Bermainlah bersungguh-sungguh hingga kita menempa kejayaan. Jangan cepat putus asa. Biarpun kita ketinggalan, yakin dan percaya kita mampu untuk mengejar mencari gol lagi.

Demikianlah harga mahal yang perlu dibayar marilah kita tabik kepada semua pemain harimau malaya yang berjuang mengharumkan nama negara demi negara yang kita cintai.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top