Najib mengaku jadi pengganggur!!

najib tun razak,

KUALA LUMPUR – Setelah kehilangan jawatannya sebagai perdana menteri dan meletak jawatan sebagai Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau kini dalam fasa ‘persaraan’.

Dalam satu temuramah bersama Malay Mail, Najib sambil ketawa berseloroh mengaku beliau kini seorang penganggur dan sedang menganggur.

Menurutnya, buat masa ini beliau mahu berehat dan menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi sebelum memikirkan perihal negara.

Ditanya apakah rancangan selepas ini, Najib berkata, beliau tidak tahu namun akan melihat perkembangan dari semasa ke semasa.

Tolong beri saya masa, kerana masih awal lagi, tetapi saya akan melakukan apa sahaja yang boleh untuk menyumbang kepada negara kerana negara ini memerlukan orang yang boleh memberikan buah fikiran, “katanya.

Najib mengekalkan kerusi Parlimen Pekan dengan meraih majoriti besar sebanyak 24,859 undi dalam pertembungan empat penjuru pada PRU14. 

Sebelum ini, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman menjalankan pemeriksaan serentak sejak malam Rabu lalu di enam premis, iaitu Pejabat Perdana Menteri, kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana, Putrajaya dan kediaman peribadinya di Jalan Langgak Duta serta tiga unit kondominium mewah di Jalan Raja Chulan.

Hasil pemeriksaan itu, polis merampas 284 kotak mengandungi beg tangan pelbagai jenama mewah dan 72 beg berisi barangan kemas, pelbagai jenis mata wang dan barangan berharga.

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)mengarahkan Najib ke pejabat agensi anti rasuah itu Selasa depan untuk memberi keterangan berhubung kes SRC International Sdn Bhd, anak syarikat 1MDB.

Komen nitizen, menyuruh datuk seri Najib, menjadi penulis buku.

Selain itu juga menyuruh menjadi shopper online, sebab DSN nama sudah ada, sbb awak naik jadi Pm kerana komen kat status awak Pm Pm tu yg jad Pm selama 10 tahun. 

kerja lah, cari rezeki halal, jgn nk mencuri duit rakyat jer kerja, haram darah daging, cari rezeki halal berkat la hidup

Penganggur yg kaya raya. Saya rasa 10 keturunan makan x habis..
Makan pencen PM pun dah banyak…apa nak gaduh
Tak usah lagilah sibuk2 nak fikir pasal negara. Cukup…cukup….sudah. Sampai di sini saja. UMngokporNO telah tersangat parah merosakkan negara, agama dan bangsa.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top