Menteri ulangi – harga rendah, kelajuan lebih tinggi Jalur lebar TM

gobind singh,

Kita harap ketegasan dalam menteri yang sedia ada dapat kurangkan kadar harga jalur lebar seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini. Ini memang kita setuju. Sekurang-kurangnya dapatlah kurangkan kos hidup nih. Internet sudah dianggap satu keperluan dan juga satu pendapatan. Ianya bukan sahaja dari segi komunikasi. Ianya boleh dianggap satu keperluan domestik bersifat global. Satu rumah, satu jalur lebar. Boleh jadi macam tuh.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo menegaskan bahawa perkhidmatan jalur lebar Telekom Malaysia Bhd (TM) perlu berada pada tahap yang tinggi dan setanding dengan perkhidmatan yang ditawarkan syarikat lain di seluruh dunia.

Dalam catatan di laman Twitter, beliau menyambut baik langkah TM memperkenalkan pelan jalur lebar dan mudah alih baharu, termasuk pakej kemasukan unifi yang berpatutan pada kelajuan 30Mbps untuk segmen sasaran B40. 

“Ini langkah permulaan yang baik. Walau bagaimanapun, saya harap TM boleh menimbangkan pelan yang boleh membawa manfaat kepada semua golongan pada harga yang rendah dan juga kelajuan yang lebih tinggi.

“Dalam masa yang sama, perlu ditekankan bahawa kualiti perkhidmatan jalur lebar ini mesti pada tahap tinggi dan setanding dengan perkhidmatan yang dibekalkan oleh syarikat lain di seluruh dunia,” katanya.

Menurut TM, kumpulan berpendapatan rendah boleh mengakses jalur lebar berkelajuan tinggi pada harga di bawah RM100, lebih 40 peratus lebih rendah daripada pakej 30Mbps sedia ada sebanyak RM179.

– Bernama

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top