Maharaja lawak minggu ke 8, download

Minggu ke tujuh sudah tiba. Tema kali ini katanya bebas. Namun apakah yang akan mereka semua lakukan untuk persembahan mereka minggu ini. Kita saksikannya.

Keputusan R2 Masuk semula ke gelanggang maharajalawak

Mereka mendapt lebih kurang 51 ribu lebih hasil undian di facebook , aku pun mengundi jugak tuh.

Akan diupdate dari masa ke semasa. Tunggu

Part 1 Nabil:


Mengenai lawak moden era kemajuan, dimulakan dengan membahan amir yang sudah terkeluar dengan perkataan whatever. Kemudian masukkan dengan kim kardashian lah, cerita twitter, facebook yang couple nie bergaduh , maca-macam lah.Ia dilihat satu pembaharuan lawak dalam genre yang bukan senang orang nak tangkap lawak ini. Komen dari mamat khalid mengatakan dalam permulaan, penonton tidak dapat menangkap apa yang cuba nabil sampaikan. Tetapi dipertengahan dan akhir mula paham dan membayangkan. Bukan senang tuh. Thumb up to nabil.

Part 2: Jambu


Jambu pulak dengan persembahan professer yang memperkenalkan robot kepada penonton. Robot ini di kontrol oleh alat kawalan, kiranya macam remote lah. Yus jadi robot, taukeh jadi professor. Mula-mula kena bahan, tetapi bila yus ambil remote tuh, giliran taukeh jadi robot. Lawaknya dilihat menarik perhatian golongan remaja yang majoritinya menonton rancangan dan vote sms. Cuma, yus agak kurang ajar menyampuk komen dari ahmad idham. Sebolehnya bagi peluang juri cakap sampai habis.

Part 3 :R2


R2 dengan persembahan yang kelakar juga setelah minggu ke3 tersingkir, naun r2 masuk pada minggu ke 8 ini. TAmpil dengan seorang gila dan seorang pekerja pereka design kereta. Dua-dua menunggu bas , si gila nie macam-macam peel. Mintak sedekahlah, tanya tinggal tempat dan tanya kereta apa. Komen dari apek, R2 tampil dengan persebahan yang bernyawa setelah 5 minggu tersingkir, mula improve.

Part4: Jozan


Part Jozan ialah dimana si Johan adalah pesakit, dan zizan ialah doktor.Johan yang sakit datang ke klinik nak rawat lukanya , tiba-tiba gelap pulak. Dah kena bius si zizan , tangan, lepas tuh kaki. Kemudian, Johan pun kena. Jadi kacak bilau klinik tuh. Komen dari mamat khalid, persembahan yang dilihat senario yang sukar dicari dan tak banyak komen pun dari amat khalid nih. Kehabisan idea kot.

Part5: Man


Man yang dengan buat lawak seorang tua yang cucunya pergi ke Luar negara belajar, Orang tua itu man yang sakit buasir duduk di kerusi urut “ogawi” sebetulnya ogawa. Oklah, cma komen dari ahmad idham dilihat lawaknya repeat dan agak kabur jalan ceritanya.

Part 6: Balas


Balas dengan sempena hari guru, diaorang buat lawak jadi budaak sekolah, mereka tapil dengan lawak double meaning nya setiap minggu. Bila si syukri ditanya mengenai cita-cita nak jadi apa. Subjek biologi dan subjuk matematik. Komen dari mamat khalid, dia pun no coment dengan lawak deme nih, bagus dan tak bagus.

Part7: Sepah


Sepah tidak menghampakan peminat dengan senario mengumpat di kampung-kampung bila ada kenduri kahwin, arwah, berkhatan dan lain-lain. Jalan cerita yang seimbang. Gosiip pasal bakal pengantin ialah pilot, tapi bila disiasat pencuci tandas. Bila ditanya apa kerja suaminya, si shuhaib berkata lelakinya kerja pencuci tandas. Kemudian, part dimana jep potong tembikai kuning, si shuhaib buat blend kelapa punya katanya buat jus. Tapi sebba takut kena kencing manis, dibuatnya kat situ jugak. Tiba-tiba blackout, bila dah ok, si jep nie tersiat kulit kaki shuhaib, sangkanya lengkuas. (hehe) Komen apek, mantap dan teruskan usaha. (kipidap)

Part: Penyingkiran (MAN)


Man tersingkir , dia menjangkakan akan tersingkir, nak buat macam mana. Yang masih ada teruskan perjuangan anda!

Download di laman jiwang.net

Sponsored Links :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...