Luahan mangsa penipuan, si kunyit Safiey illias!!

Assalamualaikum,
Sesiapa yang baca ini dan pernah menjadi mangsa penipuan, sila komen untuk tunjukkan sokongan.Saya menyeru kepada semua bekas “LEADER PERLAKING dan PERLASHINE” dan juga CREW MUSTANG KUNING yang masih menunggu supaya komen dan dedahkan perangai sebenar jutawan kosmetik segera ini.

Dgn lafaz bismillah aku mulakan,

Safiuddin Ilias atau nama komersialnya iiatu SAFIEY ILIAS telah melakukan penipuan dalam aktiviti bisnesnya dgn mereka yang pernah join menjadi “LEADER PERLAKING”.Antaranya adalah seperti berikut:

1- Semasa dia keluarkan produk bernama PERLAKING, dia telah mencari seramai lebih dari 200 orang yang kononnya dipanggil sebagai “LEADER”.Leader ini fungsinya seperti pemborong utk produk PERLAKING – Sebab itulah LEADER merupakan ketua kepada STOKIS-AGEN dan juga DROPSHIP.

2- 200 orang LEADER ini telah diberikan seminar percuma utk diajar bagaimana teknik marketing dan lain2 supaya dapat buat sale.Leader pula dibahagikan kpd 2 kategori iaitu yg pertama ialah LEADER 6666 dan LEADER 5555.Leader 6666 kene bayar sebanyak RM5250 ( Dapat 70 kotak PERLAKING dgn harga RM70 sekotak, hg jual RM120 jadi untung utk sekotak bagi leader 6666 ialahRM50) dan LEADER 5555 pula RM6000 lebih.

3- Semasa seminar dulu, SAFIEY ILIAS berjanji dan sumpah bahawa dia takkan jual produk PERLAKING ini kepada pemborong dgn alasan nak jaga periuk para LEADER.Pendek kata LEADER lah sebenarnya bertindak sebagai pembrong.Jadi kalau dia lepaskan barang pd pemborong, nanti LEADER pula susah cari makan.

4- Pada awalnya jualan PERLAKING sgt hebat, usaha para leader sgt3 hebat utk naikkan sale ditambah pula sebelum tu si SAFIEY ni buat penghijrahan kononnya PENGHIJRAHAN FENOMENA, so followers dia bertambah dari puluh ribu terus mendadak naik kpd 500,000 followers!

5- Namun setelah beberapa ketika, jualan PERLAKING ni jadi huru hara sikit kerana beberapa isu iaitu perta,a ISU PERLAKING TIRUAN dan kedua ISU MAIN HARGA.

6- Terdapat beberapa pihak yang telah menjual PERLAKING dgn harga yg sgt murah iaitu antara RM70 hingga RM40 pun ada sedangkan kami para leader diarah utk jual RM120 sekotak.

7- Daripada isu main harga inilah timbulnya dakwaan dari SAFIEY ILIAS kononnya ada pihak yg telah cetak PERLAKING TIRUAN sedangkan semua dakwaan dia tu adalah bohong dan penipuan semata2 – maka di sinilah bermulanya segala perangai, dan permainan licik SAFIEY ILIAS yang telah mempergunakan dan memperbodohkan para leader.

8- Selepas kecoh PERLAKING dijual sgt murah di luar sana, SAFIEY mewujudkan situasi di mana dia cuba utk create pandangan semua bahawa ada leader yg tak jujur dan menjual PERLAKING dgn harga murah.Dalam group WHATSAPPS leader, ramai leader dimaki hamun dan diugut keluar atas isu ini.

9- Saya ringkaskan cerita, selepas beberapa minggu isu harga dan tiruan ini berlangsung – wujud individu yg bernama AL AMIN (nama facebook beliau) Dalam hal ini al amin tak bersalah bagi sayalah.Al Amin adalah merupakan seorang pemborong besar, pemborong yg amek barang sampai cecah harga jutaan ringgit.Al Amin ini menjual PERLAKING yg diambil secara borong dgn harga serendah RM30 sekotak (kalau saya tak silaplah) antara harga 30 dan 40 mcm tulah.Ketika it SAFIEY dan AL AMIN bergaduh besar di facebook masing2.Si SAFIEY ni tuduh AL AMIN yg PERLAKING tu adalah tiruan, tetapi AL AMIN MENAFIKAN ia adalah yg ORIGINAL.AL Amin mencabar SAFIEY utk buktikan bahawa PERLAKING yg dia borong itu adalah tiruan bahkan al amin memberi jaminan kepada customer kalau perlaing yg di ajual itu adalah tiruan dia bagi jaminan pulangan duit 100%.Pergaduhan antara dua2 pihak ni sgt hebat namun selepas beberapa ketika, mereka berdamai.

10- Cerita penipuan SAFIEY ini belum habis agi – Selepas beberapa ketika juga, ada pemborong iaitu kawan dalam kalangan leader ini beritahu bahawa SAFIEY ILIAS sebenarnya telah tolak STOK PERLAKING kepada pemborong!!!! Waktu inilah ramai leader seakan tak percaya walaupun kami semua dah syak awal2.Rupa2nya dia telah tolak PERLAKING kpd pemborong dgn harga yg sgt3 murah lebih kurang RM35 utk sekotak perlaking.Kebabian apakah ini ? Sedangkan leader kene amek dgn harga RM70 DAN RM60 gila!

11- Kesan daripada isu inilah jualan PERLAKING semakin bermasalah.Bayangkan PERLAKING harga asal ialah RM120, tetapi di luar sana ramai yg jual dgn harga 60, 50 bahkan 40.Waktu inilah ramai leader mula bersuara dalam group.Tetapi tidak dipedulikan oleh SAFIEY bahkan dia telah LEFT group wasap dgn alasan serabut dan penat.What the fcuk.

12- Ramai leader bersuara telah dimaki dan dihentam dikatakan tak bersyukur dan lain2, ramai juga yg telah dibuang dari group.Bahkan ramai yg dgn sukarela keluar group kerana dah tahu dan bosan dgn temberang dia.Waktu ni lah kemuncak huru hara bisnes perlaking.

13- Sekarang masuk pula bab kerugian yg ditanggung leader – Selepas isu main harga dan tiruan yg sebenarnya wujud disebabkan penipuan SAFIEY, dia telah buat bermacam promosi PERLAKING antaranya promosi sempena hari lahir nya, semua leader dikehendaki jual perlaking dgn harga RM80 dan dia telah umumkan di FB nya – bayangkan waktu ini, apa telah jadi kepada STOKIS – AGEN dan juga DS? Dia suruh jual murah, secara automatik telah menyebabkan takde untung utk agen , stokis apatah lagi dropship! Jadi leadaer pun rasa serba salah dgn stokis dan agen di bawahnya jadi ada antara leadaer ambil langkah dgn menyerap kerugian iaitu dgn mengecilkan margin profit utk sekotak perlaking bahkan ade yg tak dapat untung demi menjaga stokis agen dan dropship – waktu inilah SAFIEY sgt pentingkan diri, selfish, kononnya nak bantu leader hasbikan stok padahal dia bimbang stok yg ada padanya berlambak lagi takut tak habis.

14- Ini cerita kerugian lain – Oleh sebab perlaking dah tak laku jadi leader yg baru restok barang mengalami kerugian yg banyak.Ada yg sedang rugi RM50,000 kerana stok tak laku, ade yg rugi RM18,000 bahkan yg paling sedih ada seorang ibu tunggal, saya tak nak mention nama sape demi menjaga die, ibu tunggal ini telah kerugian sebanyak RM25,000! Keran adia baru restok, dan terus berlaku isu di atas yg telah menyebbakan dia rugi kerana stok tak laku.Apabila minta penjelasan dari safiey, dimakinya dan dia telah left group kerana tak tahan dgn sikap SAFIEY.Waktu inilah SAFIEY keluarkan HOLOGRAM kononnya nak klaim bahawa yg ade hologram sahaja yg original – Safiey juga memaki seorang akak senior yg ade bisnes besar dalam group wasap dgn dikatakan bodoh dan pemalas – conversation wasap ini saya ada bukti screenshot – mmg mulut dia jahat dan celaka, suka maki hamun walaupun akak yg tua darinya.

15- Saya ringkaskan cerita – pada awal penglibatan leader, safiey berjanji akan memberikan REWARD kepada leader yg dapat buat jualan target – Dlm kalangan leader ni kita ade top leader lebih kurang 8 ke 10 org mcm tu.Top leader ni mereka mmg hebat, buat sale sampai juta2 – tapi di akhirnya SAFIEY menipu, dia tak tunaikan reward yg sepatutnya diberikan.Kononnya nak bagi kereta berhaga rm300,000 kpd leader yg buat sale paling besar, tetapi itu semua tipu alih2 dia pulak beli kereta MUSTANG baru, kepala hotak betol penipu.Semua reward yg dia janjikan semuanya tipu bahkan dia sendiri wujudkan fiitnah terhadap leader2 yg top ini.

16- Selesai saya ceritakan bab penipuan SAFIEY ni semasa era PERLAKING, sebenarnya banyak lagi cerita tapi tak larat aku nak tulis semuanya walaupun apa yg berlaku masih segar dalam ingatan aku.Sekarng kalau korang semua follow die , dia dah nak keluarkan produk baru pula.

17- Sebelum aku ceritakan bab produk baru yg akan dia keluarkan ni , ade lagi satu cerita yg aku nak beritahu.Si SAFIEY ni hari tu dia ada tawarkan kepada follower di utk join team ataupun dipanggil sebagai KREW MUSTANG KUNING.Terhad utk 1000 orang katanya.Jadi sesapa yg nak join kene bayar yuran sebanyak RM120 dan dapat sekotak PERLAKING dan seminar percuma.Tetapi itu beberapa bulan yg lalu, sekrang dah masuk bulan bape dah masih takde berita, ramai yg dah mesej dan tanya tapi dia buat senyap dan enjoy melancong ke luar negara.

18- Korang bayangkan yuran RM120 nampak kecil kan? HELLO, dia nak 1000 orang, dan saya pasti 1000 org tu dlm tangan.Cuba darabkan 120 dgn 1000? dia bodo2 dah dapat RM120,0000 WOI!! – Dah dapat duit terus diam membisu, aku tahu sgt taktik die nak dapat duit, dgn menggunakan followers yg masih kagum dgn die tapi masih belum tahu perangai syaitan yg ada pada dia ni.

19- ok dah, sekarang aku nak cerita tentang produk baru yg bakal diletopkan seakan perlaing.Nama produk baru yg bakal dikelaurkan oleh SAFIEY nanti ialah BABIES GLOW SKINWORKS yg dikatakan bakal dilancarkan minggu depan.

20 – Aku nak ingatkan korang semua, dia ni adalah jutawan kosmetik segera – iaitu letop 1 produk, dapat untung puluh2 juta pastu produk tu senyap takde dah, kemudian akan datang dia akan letop lagi produk baru then untung juta dan begitulah seterusnya.Inilah jutawan produk segera.Si safiey ni perangai teruk dia org kenal masa zaman produk AURORA lagi, pastu perlaking pastu nanti tunggulah kalau tak caye BABI GLOW SKINWORK meletop pastu senyap balik.Tapi takpe asalkan duit juta2 masuk.MMg gitu jutawan kosmetik sgt sennag buat duit sebab tu ramai jutawan segera kosmetik kat MALAYSIA ni.Pompuan Malaysia plak jenis suka try priduk baru,

21- Anda semua bayangkan, dalam FB dia dan dalam semianr kami diajar bisnes kerana ALLAH dan nak redha ALLAH .Itulah yg diulang2 oleh dia, sampai sudah ulang.Tapi hakiktanya dia HIPOKRIT, bisnes kerana ALLAH amendenya kalau dia sendiri telah KHIANAT dan MENIPU kami semua sampai rugi puluhan ribu dan dia lari kan duit untung juta2??

22- Dahlah aku tak nak tulis dah penat dan sakit hati ni ha.Cuma aku nak beritahu kepada semua:

23- Aku dgn ini BERSUMPAH dgn nama ALLAH TAALA bahawa semua apa yg aku ceritakan di atas adalah benar dan sahih.Aku cerita ini pun bukan atas dsar nak serang peribadi tetapi aku nak elakkan dari masyarakat tertipu dengan teknik dan taktik bisnes SAFIEY ILIAS ini.Cukuplah bekas leader perlaking rugi puluhanratusan ribu ringit disebebkan penipuan dia, anda semua patut elak dari join apa2 program bisnes di bawah dia.

24- Aku jujur kerana Allah nasihatkan kepada semua, jangan beli dan support produk baru yg bakal dia keluarkan.Dia dah terlalu hanyut dengan kemewagan yg ALLAH bagi.Walaupun dia selalu tayang dia derma pada anak yatim tetapi itu bukan alasan untuk kita menutup dan menidakkan segala penipuan dan pengkhianatan yg dilakukan oleh dia selama ini.Kalian semua harus ajar dia, kerana yg berkuasa adalah kita semua.Tiada buyer maka takde org nak beli produk dia, maka biarkan dia merasa rugi dan takde lagi untung juta2.

25- Korang tengokla sendiri facebook die, melancong ke luar negara berminggu2 hasil dari duit yg menipu semua org.Adakah krorang semua sanggup melihat masyarakat kite diperbodohkan oleh jutawan selfish ini? Tolonglah sedar semua, yg kayanya adalah dia, yg join tu hanya taksub dgn kejayaan fake die tu.

26- Akhir kata, aku berterima kasih kepada sesiapa yg dapat viralkan ini, jasa kalian hanya Allah yg dapat balas.Ini bukan hal aib2 lagi ini soal penipuan yg boleh mudaratkan ribuan masyarakat di luar sana.

Satu agi, korang jgn mudah percaya kepada produk kosmetik walaupun ada KKM.Ini kerana di MALAYSIA ni ada kilang2 yng memberi khidmat utk sesiapa yang nak kelaurkan produk sendiri tak kiralah produk skin care ke, pemutih ke semualah , anda hanya perlu bayar utk pakej2 tertentu.Pengasas kosmetik ni kebanyakannya semua based atau bahan produk yg sama, mereka cuma tukar packaging dan selebihnya adalah kekuatan pada MARKETING, kalau marketing menjadi dan meletop maka juta2 lah masuk akaun.Boleh tanya sendiri, jutawan2 kosmetik segera ni, tanya depa, kat mana kilang sendiri yg hasilkan produk anda? tunjuk alamat kilang dan sijil pengesahan bahawa kilang itu dimiliki oleh anda, mudah sahaja.Bersepah kat luar sana keluarkan produk sendiri, padahal semuanya dari kilang yg sama sahaja.Tak percaya ke? Sila buat kajian.

Yang teraniaya,
Hamba yang hina, menegakkan yang haq dan hapuskan yang batil.

Semoga Allah membongkarkan segalanya.
wallahualam.

Image may contain: 1 person, text
 copy paste dari facebook group.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top