Live streaming bintang bersama bintang minggu 1 2018

bintang bersama bintang, tonton online bintang mencari bintang,

Bintang bersama bintang menampilkan 6 pelawak yang sudah ada nama di dalam dunia industri yang akan berentap setiap minggu. Mereka itu ialah ABAM, ACHEY, ISSEY, MARK ADAM, SYUK, DAN AJAK SHIRO. Kiranya 6 peserta setiap minggu akan buat persembahan.

Bintang Bersama Bintang 2018 menampilkan pentas mingguan di mana setiap peserta harus mempersembahkan sketsa dan ‘punchline’ selama empat minit tiga puluh saat serta lagu berdurasi dua minit tiga puluh saat yang telah diolah menjadi kelakar mengikut kesesuaian dan kreativiti masing-masing. Setiap minggu, para peserta juga dibenarkan membawa seorang selebriti jemputan untuk mengambil bahagian dalam sketsa mereka. 

Sistem pemarkahan Bintang Bersama Bintang 2018 dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 70% daripada panel juri dan 30% daripada undian atas talian. Bagi membuat undian dan ketahui info lebih lanjut boleh ke laman sesawang www.xtra.com.my/BBB2018. Undian atas talian hanya dibuka pada hari bersiaran bermula jam 6.00 petang.

Sepanjang pertandingan, tiada penyingkiran dilakukan, namun pemenang mingguan akan mendapat hadiah wang tunai berjumlah RM 10,000. Manakala, pada peringkat akhir iaitu Super Bintang Bersama Bintang, pemenang keseluruhan bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 100,000.

Saiful Apek telah dipilih sebagai juri tetap rancangan dan setiap minggu akan menampilkan juri jemputan dan personaliti radio terkenal, AG, sebagai pengacara.

Bintang Bersama Bintang 2018 (BBB2018) bakal bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam selama tujuh minggu bermula 14 Januari 2018, setiap Ahad pukul 10.00 malam di TV3.

Sistem pemarkahan Bintang Bersama Bintang 2018 dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 70% daripada panel juri dan 30% daripada undian atas talian. Untuk mengundi dan ketahui info lebih lanjut mengenai Bintang Bersama Bintang 2018, para penonton boleh ke laman web www.xtra.com.my/BBB2018. Undian atas talian hanya dibuka pada hari bersiaran bermula jam 6.00 petang. Portal xtra (www.xtra.com.my) menampilkan berita hiburan dan kandungan sensasi dari seluruh negara selain siaran LIVE TV secara percuma yang dikuasakan oleh tonton.

Persembahan Achey ft Bocil :

Persembahan Ajak Shiro dengan Ibu Fauziah Nawi.

Persembahan Syuk ft nabila Razali : (juara minggu pertama).

Persembahan Mark Adam dengan Mat Dan. Ganue .

Persembahan Issey titan dengan Sherry Al hadad..

Persembahan Abam dengan Ali Puteh (adik sendiri) ,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...