Live streaming badminton malaysia vs rusia 21.5.2018 (ULANGAN)

badminton, raket,

KEPUTUSAN PENUH :

MALAYSIA 5-0 RUSIA.

TAHNIAH!!

JADIKAN PIALA THOMAS 2018 BERSEJARAH

Jaguh No. 1 negara, Datuk Lee Chong Wei berharap Piala Thomas kali ini akan mencatat sejarah istimewa buat Malaysia kerana pertama, pasukan negara tidak pernah muncul juara selepas 26 tahun dan kedua, lima anggota skuad menyambut ulang tahun kelahiran mereka ketika kejohanan berlangsung.

Jaguh beregu negara, Goh V Shem meraikan ulang tahun ke-29 hari ini bersama pengurus pasukan yang juga Setiausaha Agung PersatuanBadminton Malaysia (BAM), Datuk Ng Chin Chai. 

Pasangan V Shem, Tan Wee Kiong pula genap 29 tahun esok, manakala Iskandar Zulkarnain Zainuddin menyambut ulang tahun ke-27 pada 24 Mei, diikuti jurulatih beregu, Paulus Firman pada 25 Mei.

“Malam ini pasukan akan keluar makan untuk meraikan mereka yang menyambut ulang tahun di sini.

“Saya doakan semoga ia menjadi sambutan ulang tahun terbaik buat mereka dan kami semua akan mengharungi kejohanan yang baik,” kata Chong Wei ketika ditemui pada sesi latihan di Gelanggang BadmintonHippocampus di sini, hari ini.

Mengenai perlawanan pertama menentang Rusia esok, pemenang tiga pingat perak Sukan Olimpik itu berkata, pemain Malaysia sudah dipersiapkan secara mental dan fizikal untuk berdepan sesiapa sahaja.

“Ya, sesi latihan sudah berjalan sejak di Kuala Lumpur, setiap hari, namun untuk kejohanan seperti Piala Thomas, kami juga memperbanyakkan aktiviti berpasukan bagi memupuk semangat sebagai satu pasukan.

“Saya sendiri beberapa kali bercakap kepada pemain muda, kalau mereka ada masalah yang boleh kami bantu, kalau mereka takut atau tertekan. Saya sebagai kapten dan Wee Kiong penolong ketua pasukan, banyak memberi nasihat kepada pemain-pemain ini untuk menyiapkan mereka menghadapi satu pertarungan penting.

“Piala Thomas tidak mudah, dan esok kami akan bertemu Rusia ia satu cabaran hebat, namun saya percaya kami sudah bersiap sedia untuk akhirnya turun bertarung selepas beberapa bulan menyiapkan diri,” katanya lagi.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top