Koleksi cerita lawak: part 2 (suami ku kemalangan)

kelakar suami ku kemalangan, lawak suami kemalangan

Banyak sebenarnya cerita lawak, ataupun koleksi lawak yang ada dalam sumber internet ini. So sebagai seorang pelawak yang berstail. Bukan tak boleh cari bahan dari internet. Cuma idea yang dapat tuh perlu dikembangkan, perlu dilakonkan semula dalam bentuk yang lebih segar. Subjeknya mungkin sama. Apa yang jadi kelainan ialah perlu adanya satu pembaharuan yang lebih dinamik.

Jom layan.

Suami ditimpa kemalangan jalanraya.

Setelah mendapat panggilan telefon dari pihak hospital bahawa suaminya telah kemalangan jalanraya, Fatimah terus berkejar ke Hospital.

Fatimah: “Doktor, bagaimana keadaan suami saya?”

Doktor: “Siapa nama suami Puan?”

Fatimah: “Err.. Abdul Bin Seman, Doktor..”

Doktor: “Sebentar ya. Saya periksa fail pesakit nie. Hmmm, lukanya tak parah. Cuma calar-balar sikit di tubuhnya.”

Fatimah: “Syukurlah alhamdulillah…lukanya tak parah. Saya risau betul. Err…di mana suami saya, Doktor?”

Doktor: “Ada di bilik Mayat!”

Fatimah terus pengsan..

Sponsored Links :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...