Kenapa AJL32 Tahun Ini Lagi Best?, Korang Kena Tengok!

ajl,

Anugerah Juara Lagu kini kembali malam ini, pasti ramai yang sudah tak sabar nak rasa kehangatan majlis yang bakal berlangsung malam ini kan? Mana taknya kesemua peserta yang bertanding hebat-hebat belaka. Dari penyanyi baru sehinggalah kepada penyanyi berpengalaman turut sama berentap.

Antara lagu yang bertanding ialah Tergantung Sepi hakim rusli, Warkah Untukku Ara, Jampi Hael Husaini, Bayang Khai Bayang, Aku Yang Sebenarnya Hazama, Sejati Azmi Caliph Busker, Menahan Rindu Wany Hasrita , Separuh Mati Ku Bercinta Dayang Norfaizah, Akhirnya Cinta, Salma Lebih Sempurna, Syamel, Aku Cinta, Syamel ft Ernie Zakrie,.Amboi Altimet, Dengar cerita ada macam-macam perkara menarik yang berlaku menjelang Anugerah Juara Lagu kali ini. Ha apa tu? 

Triva AJL kali ke 32

Kecoh dalam MRT, apa Cumi Cumi & Naim Daniel buat tu?

Nabila Razali, Naim Daniel & the gang siap buat busking lagi untuk hiburkan korang dalam LRT. Yang paling havoc, penumpang-penumpang pun turut sama menyanyikan lagu-lagu ini bersama mereka. Memang sporting habis! Bukan senang nak dengar dorang ni nyanyi live tau! Okay tak Nabila Razali rap? macam kureng jer aku tengok. Lagipun suara macam dah edit tuh. huhu..

Bertemakan fesyen & muzik

Korang ingat lagi tak suatu masa dahulu baju ‘hati’ Ramlah Ram pernah menjadi fenomena sehingga kini masih tidak dapat dilupakan. Malah setiap tahun, setiap selebriti pasti tampil dengan kelainan dan gaya yang tersendiri. Untuk tahun ini, AJL 32 membawakan tema fesyen dan muzik pula.

Jika dilihat pada tahun sebelum ini, Dayang Nurfaizah sentiasa hadir dengan gaya fesyen yang meletop! Selebriti lain pun apa kurangnya, yang tersalah tema pun ada tau.  Tak sabar rasanya nak tengok aksi selebriti kegemaran di red karpet untuk tahun ini pula.

Koleksi medley terbaik #ajl32.

Jom kita tengok koleksi orang kita yang kreatif buat untuk AJL 32 medley semua.. Ada baik punya tuh.. huhu

 

Antara 4 koleksi medley terbaik untuk Anugerah Juara Lagu 32, ada yang ok . Ada yang kureng. Apepun semua nih effort diaorang . Aku memang respect apa yang diaorang buat tuh.

Slot cerekerama #ajl32, penampilan khas Dato’ Awie

  • Jodoh Tak Pernah Salah Alamat. Hakim Ahmad 
  • Studio Awie. Awie 
  • Datin Glam. Ziana Zain 
  • Dari Kekasih Kepada Kekasih. Datok Hattan 

Untuk menghangatkan lagi AJL tahun ini, TV3 telah mempersembahkan slot Cerekarama dengan tema Istimewa AJL. Siap ada penampilan khas finalis Anugerah Juara Lagu terdahulu iaitu Dato’ Hattan, Ziana Zain, Akim & The Majistret dan juga Dato’ Awie sebagai pelakon utama. Empat Cerekarama yang ditayangkan ialah Jodoh Tak Pernah Salah Alamat, Studio Awie, Datin Glam danDari Kekasih Kepada Kekasih.

Trofi dapat sentuhan pereka Rizman Ruzaini

Fuh memang lain macam trofi untuk AJL kali ini. Buat pertama kali demi menampilkan kelainan bersesuaian dengan tema, trofi ini mendapat sentuhan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini. Tak sabar rasanya nak tahu siapa yang bertuah membawa balik trofi ini!

Korang rasa siapa yang akan menang?

Jadi korang rasa lagu mana yang akan dinobatkan sebagai Anugerah Juara Lagu untuk kali ini? Yang pasti terdapat pelbagai kejutan istimewa untuk korang semua. Jangan lupa saksikan malam AJL 32 bersiaran secara langsung Ahad, 11 Februari ini jam 9 malam di TV3AJL 32 juga boleh ditonton secara langsung menerusi portal video www.tonton.com.my. 

Copy paste ohbulan.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...