Kelebihan masuk tingkatan 6

tingkatan 6,

Bukan senang nak dapat sambung belajar, tingkatan 6, penulis juga pernah masuk tingkatakan 6 juga sekejap jerla tapi sebab dah ada panggilan diploma. Ada pro and cons dia. Tapi sebenarnya tingkatan 6 nih banyak juga kelebihan dia yang kita tak tahu.

Terus Sambung Ijazah

Ada setengah pelajar menganggap, belajar di peringkat Diploma adalah membuang masa kerana tempoh yang hampir lebih kurang sama seperti membuat Ijazah. Maka laluan Tingkatan 6 adalah sangat sesuai bagi mereka ini kerana selepas selesai STPM, dengan keputusan yang baik, maka boleh lah terus masuk ke IPT dan dapatkan segulung Ijazah selepas itu.

Tempoh Setahun Setengah

Dengan tempoh masa hanya setahun setengah, maka pilihan ke Tingkatan 6 juga adalah merupakan satu pilihan yang bijak kepada adik-adik pelajar. Jika diambil kira tempoh pembelajaran melalui Diploma (3 tahun) dan terus sambung ke Ijazah (3 tahun), maka melalui laluan Tingkatan 6 (1 1/2 tahun) adalah lebih menjimatkan.

Kerja Kursus

Melalui sistem pembelajaran Tingkatan 6 yang baru, dengan adanya kerja kursus ini akan lebih banyak membantu pelajar. Ini kerana seperti konsep penilaian berasaskan sekolah, maka kerja kursus ini boleh dilakukan oleh pelajar dengan sebaik mungkin sebelum diberi gred yang selayaknya oleh para guru. Maka anda buatlah dengan terbaik mungkin.

Murid : Guru

Jika diperhatikan juga, nisbah murid per guru bagi pelajar Tingkatan 6 adalah jauh lebih kecil berbanding persekolahan biasa. Maka peluang ini boleh digunakan dengan sebaik mungkin oleh pelajar untuk mendapat tunjuk ajar yang lebih sempurna dan teliti daripada para guru. Mesti lebih pandai kan lepas nih.. 😉

Peluang ke IPTA/IPT senang. 

Dikatakan juga, melalui Tingkatan 6, peluang untuk masuk ke IPT adalah lebih tinggi berbanding laluan-laluan lain. Sejauh mana kebenarannya tak pula dipastikan. Walaubagaimanapun ada juga kebenarannya jika diperhatikan kepada jumlah pelajar Tingkatan 6 yang diterima masuk IPT berbanding laluan lain.

Setaraf Diploma/ Lebih
Sijil STPM dengan standard peperiksaan yang tinggi, adalah setaraf dengan Diploma. STPM juga adalah peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

Kos Yuran Murah

Yuran pengajian bagi Tingkatan 6 adalah jauh lebih murah berbanding yuran pengajian melalui laluan lain. Bagi pelajar yang mungkin kurang berkemampuan, pilihan ini adalah antara pilihan yang paling tepat, buat sementara waktu.

Ulang Subjek Gagal

Disebabkan sistem peperiksaan yang sudah tidak sama, maka sistem Tingkatan 6 yang baru ini membolehkan pelajar untuk mengulang subjek yang gagal. Mungkin keadaan kurang mengizinkan pada ketika itu, maka pelajar boleh mencantikkan lagi keputusan dengan mengambil semula kertas peperiksaan yang mendapat keputusan yang kurang baik.

Kursus Perguruan

Melalui Tingkatan 6 juga, peluang kepada pelajar untuk dipilih bagi mengikuti kursus perguruan adalah lebih tinggi. Kesesuaian subjek dan pilihan memberikan advantage kepada pelajar Tingkatan 6 untuk diutamakan.

Biasiswa

Bagi pelajar yang mendapat keputusan STPM yang baik, pelajar juga lebih mudah untuk ditawarkan biasiswa belajar, termasuk untuk ke luar negara.

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pengantar

Bagi sesetengah pelajar, pilihan ke Tingkatan 6 adalah disebabkan menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar. Ini juga merupakan satu kelebihan bagi pelajar yang mahir menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa untuk mendapatkan ilmu.

Perkara Tambahan

Antara perkara tambahan yang boleh juga dikira sebagai kelebihan naik Tingkatan 6 adalah boleh mengenakan pakaian biasa semasa menghadiri kelas. Selain daripada itu juga, disebabkan pelajar Tingkatan 6 merupakan pelajar paling dewasa dalam kalangan yang berada di sekolah, maka kebiasaannya mereka akan mendapat layanan yang berbeza berbanding pelajar-pelajar lain.

Apepun, semuanya ini terpulang kepada haluan anda. Nak sambung belajar ke tingakatan 6 ke tak? Yang penting masa depan korang tuh yang paling utama. Kita nak menghadapi ekonomi yang sangat mencabar di zaman pemerintahan DS Najib nih, Zaman GST.

credit to cikguhuailmi.com.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top