Kedah juara piala malaysia 2016!!

piala malaysia, logo piala malaysia, logo rasmi piala malaysia 2016,

Tahniah buat pasukan kedah yang telah menjulang piala Malaysia edisi 2016. Fuhh bukan satu perlawanan yang mudah untuk menewaskan pasukan Selangor yang sudah banyak kali menang dalam piala malaysia 33 kali. Secara keseluruhannya permainan seimbang. tetapi selangor banyak lagi percubaan.

Untuk 20 minit pertama, kedua-dua pasukan belum dapat settle down lagi . Selangor yang bermula agak garang pada separuh masa pertama, beberapa siri percubaan dalam mencari gol pertama. Dalam pada itu juga, kedah ada juga buat counter attack nak cari gol jugak, tetapi semua tersasar jauh. Separuh masa pertama agak buntu tiada gol dihasilkan.

Separuh masa kedua. 

Permainan semakin sengit. Kedah dihadapan apabila menjaringkan gol pertama dari rizal yang merembat dari jauh 8 meter lebih kurang, dan bola itu terkena badan pemain defend selangor yang menyebabkan khairul azhan kelihatan tak pasti bola itu ke arah mana, lagipun ketika itu khairul azhan sudah kedepan sedikit. Golll buat kedah .. Keadaan stadium menjadi gamat.!!!

kedah, kedah juara piala malaysia

Selangor menyamakan kedudukan. 

Tidak sampai 10 minit, selangor menyamakan kedudukan hasil gerakan yang sangat menarik one two dari ahmad hazwan bakri dari tengah dengan patrick, satu gerakan yang sangat cantik. Hazwan kepada partick, patrick bagi ke sebelah kanan, dan terus merembat sebelah kanan menewaskan penjaga gol kedah. Sangat cantik gol itu.

Buntu tiada gol sehingga masa tambahan. 

Sampai 120 minit, game takda gol lagi. banyak percubaan yang dibuat kedah, dari liridon sepakan percuma, terkena tiang sikit jer lagi. Dan banyak jugaklah percubaan. tapi agak tak berjaya.

Penentuan penalti .

Sangat mendebarkan. Ketika itu selangor dah leading, tapi berjaya menyamakan aggregate dalam sepakan menjadikan pemain selangor hilang fokus. Kedah menang dengan 6-5 sepakan penalti.

Tahniah kedah.

Pasukan kedah akan bertemu dengan JDT dalam piala sumbangsih 2017 perlawanan pembukaan nanti. Tunggu.

KEDAH JUARA

Sponsored Links :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...