Issey-juara mingguan bintang bersama bintang minggu 5 2018

bintang bersama bintang, tonton online bintang mencari bintang,

Minggu ini bertemakan alam remaja.

Tahniah issey minggu ini memang rezeki lu untuk menang rm 10 ribu.. Memang dia layak untuk menang. Bergandingan dengan Azmi Caliph Busker tenyata membawa satu mesej yang mendalam. Kisah abang dan adik. Adik tuh issey yang sekolah tapi dalam serba kekurangan. Memang ada dalam masyarakat kita tuh. Manakala abangnya azmi yang cacat penglihatan.

Lawaknya pun ada, sedih pun ada. Sebak pun ada, bila mana dia cakap pasal dia abang yang tak boleh nak tolong, sebab takda mentol. Deep sangat. Penceritaan dari awal sampai habis semua memang terbaik. Pasal makan sampah lagi elok dari makan rasuah, itupun deep jugak tuh.

Mark adam.

Mark ada bergandingan Joey. Pasal mark adam yang sudah sambung belajar di oversea, tiba-tiba bapak dia datang pakai sampan. Haha, tapi dia derhaka dengan bapaknya, lupa diri. Dia bawak kelapa dengan durian. Ada mesej, pasal anak yang biasanya lupa diri bila dah berjaya, malu nak mengaku bapak dia bila keadaan agak daif gitu.

Syuk. 

Syuk bagi aku terbaik jugak kot. Persembahan dengan Cik lina Pom-pom ft Mak jah bertemakan , ku jejak ! jalan yang berliku. Memburu impian. Starting syuk masuk naik motor dengan mak jah itu pun dah gempak. Pasal budak-budak remaja kena pilih mak dia (elly mazlien) hot seyh, atau azura (mak jah). Kelakar giler. Dahlah pakai seksi, syuk dengan lawak lucah dia macam biasalah kan.

Abam.

Abam yang bergandingan dengan Zulin Aziz, sketch pasal budak university yang sewa dengan tuan rumah buat hal. Ini memang betul-betul berlaku dalam masyarakat kita. Muka bukan main lagi cantik, tapi bila tengok kat rumah. Hancur semua. Bersepah main aihh.. Tapi lain pulak dengan abam nih masalahnya, lebih kurang lah, tapi dalam hancur, toilet pulak bersih sebab tak muat nak masuk.

Achey . 

Achey sekali lagi mempertaruhkan talent yang lain dari yang lain, iaitu Ismail Izzani. Yang hot dengan lagu jangan menangis sayangku. Pasal budak raver dengan pak guard. Isu yang menarik diketengahkan oleh Achey kali ini. Yerla budak sekarang , pasal raver lah, pasal panama yang terbaru sekarang ini. Budak sekarang apa tahu.

Ajak. 

Ajak bergandingan dengan Ropie (amboi tiga minggu dapat job). Sketch pasal ajak yang mengajak orang satu rumah taman untuk ke masjid dengan ceramah. Tapi semua bagi alasan, dan ada motif lain. Macam tuh memang ada dalam zaman sekarang. Kecuali yang last, pakai dress rock , tapi hati ada taman bruh.. Cuma kritikan dari apek iaitu killer dan feeder tuh ajak masih lagi tidak faham. Dia kena yang dia lawak, bukan jemputan. Ataupun seimbang gitue.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top