Himpunan cerita lawak part2

 

Layan cerita lawak lagi minggu ini. Jom kita terjah.

Cerita 1 :

Jangan takut..

Seorang pesakit yang akan dibedah terbaring di katil bilik bedah dengan muka yang pucat. Seorang doktor bedah muda masuk sambil menyapa pesakit tersebut dengan ramah.
Doktor : “Awak kelihatan takut sekali, jangan bimbang, semuanya akan berjalan dengan baik dan lancar, jadi tabahkan hati mu…”
Pesakit:“Bagaimana tidak takut doktor, seumur hidup, inilah kali pertama saya dibedah.”
Doktor“Sama-sama, saya juga kali pertama buat pembedahan, saya sama sekali tidak merasa takut…”
Pesakit: haaaa???!!!

Cerita 2:

anak yang pintar.

Seorang murid darjah satu pulang dengan gembira setelah dia berjaya mendapat 10 markah pada ujian matematik. 

Anak : ” Mak! Saya mendapat 10 markah pada ujian matematik dan guru cakap hanya saya saja yang mendapat 10 markah!” 
Emak : ” Pintar anak mak. Murid yang lain dapat markah berapa”?? 
Anak : ” Kata guru, yang lain mendapat 100 markah”.  

Emak: LOL…

Cerita 3:

Markah English Kosong!! 

Ayah : Apasal Bahasa Inggeris kamu nie asyik dapat kosong jer…! Apasal hah?

Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

Ayah: oowh macam tuh rupanya…

Cerita 4:

Kad credit untuk bayar yuran sekolah. 

Ini kisah benar beb, kiranya pengalaman aku masa kat sekolah rendah dulu. Adalah seorang kelas aku ni nama dia kamaruddin, masa tu time klas BM, cikgu tu plak cikgu kelas kite orang, so masa tu cikgu tanya kamaruddin,

Cikgu: Din tinggal ko sorang je lagi yg tak bayar yuran ni, bila nak bayar ni?

Pastu kamaruddin pun dengan selamba pegi ke depan sambil ckp kat cikgu.

Din: saya nak bayar la ni cikgu

Kamaruddin ni pun kuarkan la beg duit yg die baru beli, dengan selambanya dia keluarkan kad american experess yg kertas tu utk bayar yuran, habis satu kelas gelak kan die, dengan cikgu sekali sakit perut, si kamaruddin ni plak mati-mati cakap benda tu boleh beli barang, sampai sekarang kami panggil si kamaruddin tu, din american express…

p/s: klu korang tengok dompet bebudak mesti ade kad tu dlm tu, bahaya pengaruh tv, hahahha

Bersambung….

Sponsored Links :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...