Harith Iskanar juara Pertandingan Funniest Person in the world di Finland, Tahniah!!

laugh factory ,

Pelawak Harith Iskander muncul manusia paling kelakar di dunia selepas juarai pertandingan Funniest Person In The World di Finland. Selain gelaran ‘Funniest Person In The World’, Harith juga bawa pulang hadiah wang tunai berjumlah USD$100,000 (RM444,845). Wow!

Keputusan itu turut diumumkan menerusi twitter penganjur The Laugh Factory. Harith mendapat undian tertinggi iaitu hampir empat juta undi berbanding empat peserta peringkat akhir lain.

Kemenangan itu mengambil kira markah daripada juri yang dicampur dengan undian penonton atas talian, yang mengikuti klip persembahan jenaka peserta melalui laman web LaughFactory.com.

Dalam persembahan akhir tersebut, Harith bersaing dengan empat pelawak dunia lain seperti Alex Calleja daripada Filipina, Mino Van Nassau (India), David Kilimnick (Israel) dan Katerina Vrana (Greece).

Mendapat giliran pertama untuk membuat persembahan, pengacara program Obviously Harith Iskanderitu melawak selama lebih kurang 15 minit, bermula dengan kisah kedatangannya ke Finland, diikuti kisah dalam pesawat penerbangan, seterusnya tentang hubungan antara lelaki dan wanita.

 

Juara TFPW menerima hadiah utama sebanyak AS$100,000 (RM444,845), manakala mereka yang berada di tempat kedua dan ketiga masing-masing akan menerima AS$10,000 (RM44,484) dan AS$ 5,000 (RM22, 242).

TFPW dianjurkan antara lain untuk meraikan kepelbagaian budaya di seluruh dunia selain menyatukan manusia dan mempromosi keamanan melalui acara hiburan gelak ketawa

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top