Harga minyak ron 97, 97 dan diesel turun harga 30 mac 2017

Berita baik dan sedikit melegakan pengguna. Harga runcit bagi petrol RON95, RON97 dan diesel turun masing-masing sebanyak 17 sen, 19 sen dan 9 sen mulai tengah malam ini.

Penurunan itu menjadikan petrol RON95 dijual pada harga RM2.13 seliter, RON97 pula RM2.41 seliter dan diesel berharga RM2.11 seliter, lapor China Press.

Ini adalah kali pertama harga bahan api itu diumumkan menggunakan sistem harga siling mingguan seperti dinyatakan diumumkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Mengikut sistem terbaru itu, mana-mana syarikat boleh menjual bahan bakar itu lebih rendah, dengan syarat mereka mendapat kebenaran daripada KPDNKK terlebih dulu.

Hamzah turut mengingatkan semua syarikat-syarikat minyak dan pengedar petrol supaya mematuhi harga baru.

Tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang menjual petrol atau diesel pada harga selain daripada yang ditetapkan kerajaan.

 

 

Sponsored Links :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...