Full video persembahan ajl kali ke 32 (12 peserta)

ajl,

Dibawah ini ialah live persembahan setiap 12peserta. Yang telah layak ke pentas final Anugerah Juara Lagu kali ke 32 2018. Semua bagi aku sudah berikan yang terbaik. Yerla ada lah salah sikit, tapi itu biasalah dlam ajl semua pasti ada gugup dan fridge stage untuk pertama kali dalam pentas kali ini. Tapi sebagai penyanyi profesional, semuanya dapat diatasi dengan baik sekali.

Hael,Salma Asis, Syamel, Wany Hasrita, Ernie Zakri, Khai Bahar dan Ara Johari, semua nih first time.

  1. Caliph Busker – Sejati (Komposer & Lirik: Faizal Tahir & Mike Chan)
  2. Haqiem Rusli – Tergantung Sepi (Komposer & Lirik: Gouffran & Ibnu)
  3. Hael Husaini – Jampi (Komposer & Lirik: Hael Husaini & Ezra Kong)
  4. Dayang Nurfaizah – Separuh Mati Ku Bercinta (Komposer & Lirik: Ajai)
  5. Altimet – Amboi (Komposer: Navigator/Lirik: Altimet
  6. Syamel – Lebih Sempurna (Komposer & Lirik: Syamel)
  7. Hazama & The Penglipurlara – Aku Yang Sebenar (Komposer: M. Nasir/Lirik: Ad Samad)
  8. Salma Asis – Akhirnya Cinta (Komposer: Ajai/Lirik: Slen)
  9. Wany Hasrita – Menahan Rindu (Komposer & Lirik: Gouffran & Ibnu)
  10. Syamel & Ernie Zakri – Aku Cinta (Komposer & Lirik: Syamel)
  11. Khai Bahar – Bayang (Komposer: Alam/Lirik: Anahoda)
  12. Ara Johari – Warkah Untukmu (Komposer: Hang Nadim/Lirik: Laq)

Persembahan pembukaan, dari stacy. Boleh bha kalau kau.. Daebak bersama dengan Warggrihh.. 

Persembahan Syamel , Lebih Sempurna.
Lebih sempurna betul suara syamel and lagu-lagu ciptaan dia . Dah ok dah nih, cuma mungkin belum rezeki lagi untuk kali ini. Bertemu dengan rakan-rakan seperjuangan dalam af semua produk yang berkualiti. Tak juara dalam af, tapi masuk pentas ajl sudah dikira juara.

\

Persembahan Azmi Caliph Busker, Sejati.Lagu ini ada roh, azmi yang membawa lagu ini dengan cara dia tersendiri. Masing-masing pun ada cara dia.

Hazama and the penglipur lara.
Membawa karya datuk sifu m nasir. Sepatutnya at least no3 lagu ini. Pendapat aku lah, tapi kita tak tahu penilaian juri macam mana. Semua juri tuh memang hebat dan sudah lama dalam industri. Kurang roh barangkali Haha..

Altimet: Amboi.
Menang jugak tahun ini,persembahan terbaik Altimet membawa lagu amboi,
Bila orang kata rap ni mesti nak kena dress up western. Hamek Altimet datang siap bertanjak, dikir barat sekali. Satu stadium semua ikut nyanyi. Dah macam show sendiri. ada orang kata sebanyak 135 kali dia ulang perkataan amboi tuh. Siap ft dengan MAkcik Bawang, memang terbaik. Makcik barang tuh Nabila Huda anak amy search.

Persembahan Khai Bahar.

Ini pertama kali Khai Bahar masuk dipentas ajl. First debut single. Tapi bagi aku sudah cukup baik buat Khai untuk terus bertapak dalam industri ini. Dapat ke ajl pun kira bonus sebenarnya. Memangla slack sikit persembahan dia tuh. tapi overall ok. Apepun khai menang anugerah penyanyi pilihan samsung. Undian Online lu mesti ramai fans.. huhu.

Persembahan Ernie Zakri ft Syamel.

Walaupun pertama kali dalam pentas ajl. Mereka berdua boleh dikatakan duet yang paling mantop sekali, sebab dua vokal yang padu, menang untuk kategori vocal terbaik menewaskan pencabar terdekat, dayang nurfaizah dan Salma Asis. Markah tak banyak beza tuh. Flat sikit jer tuh Dayang.

Persembahan dayang nurfaizah.

Ada orang cakap persembahan dayang sama jer seperti tahun yang lepas. Dayang tak boleh menang sebab vokal dia memang unbeatable..takda orang boleh lawan…lagipun kalau dia menang lagi, orang akan tetap cakap sama jer …so anggapla ni persembahan dari artis senior…at least junior2 leh belajar tengok bagaimana dayang deliver cara menyanyi live dalam pertandingan berprestij…kipidap dayang.

Persembahan Ara- Warkah untukku.

Walaupun mengalami sakit tekak yang sangat teruk. Tapi ara tetap membuat persembahan dengan dirinya sendiri bukan ganti dengan orang lain. Tahniah ara sudah sampai ke tahap ajl pun kira baik dah nih. Mungkin untuk yang akan datang kena improve apa yang patut. Rasa nak nangis masa tengok malam tadi. Ara… Saya respect dgn semangat dan kesungguhan awak walaupun keadaan tekak yg tdk begitu baik. Awak tetap nak nyanyi utk peminat2 awk. Terima kasih Ara. Kami sentiasa ada utk support Ara. Tahniah Ara! You are the real fighter!

Persembahan Wany Hasrita.

Membawa pelakon lelaki kacak. Amboi siap berdrama pulak. Apepun percubaan yang baik dari Wany hasrita. Tiada apa yang istimewa untuk persembahan wany, ada agak gugup juga, tapi muka rileks jer tuh. Semoga terus dalam perjuangan anak seri. Itu yang kami mahu. Tak payah dengar sangat dari nitizen yang komen tuh. Ambil semua tuh jadikan ianya satu perkara yang positif.

Persembahan Hakim rusli

Bagi aku terbaik. Mendalam lagu ini sebenarnya. Sedih sangat sebab ramai yang menangis dengan lagu haqiem rusli sampaikan kecewa dapat no 3 sbb juara lagu mestilah gubahan Lagu tiap2 tahun juri tv3 nie buat pilihan yang ikut popular sesebuah lagu.

Persembahan Salma Asis.
Vokal bagi aku mantap salma nih. Cara dia kawal suara tinggi rendah pun sedapppp . Suara beginilaaa yg boleh go international . Btw , memukau dan meremang. patutnya AJL sediakan 3 hadiah utk vokal terbaik . ataupun semua terbaik lah . Tahun ni AJL best giler , tak hambar . Salma ni highnote dia clear and pure . Tak pecah weh .. terbaik ! harap tahun depan dia join AJL lg n dapat bawak balik vokal terbaik lah sekurangnyaa .

Persembahan Hael. =
bagi aku persembahan Hael dia berstyle. Teknik nyanyian dia ada falseto dan cara dia lengguk lagu tuh lain. Arrengement muzik pun ada kelainan.

Persembahan penutup:

Ala2 50, 60 an 80 an. Semua ada. Semua otai2 tuh nyanyi beb. Gilerlah..

Pengumuman pemenang… dup dap semuanya tau

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top