Faiz subri dedah apa yang terkebil-kebil cari menda kat handhpone dia tuh ha…

JARINGAN ajaib hasil tendangan Mohd Faiz Subri yang menjadi perhatian dunia, menerima anugerah Puskas FIFA 2016 sekaligus dinobatkan sebagai jaringan paling hebat tahun 2016.

Namun ramai yang tertanya-tanya, apa sebab beliau terdiam lama sambil membelek telefon bimbitnya ketika diminta berucap selepas diumumkan sebagai pemenang pilihan pertama anugerah berprestij FIFA itu. Apa yang buatkan beliau tercari-cari?
nak tengok video dekat bawah sekali naa.. 
Ketika semua mata penonton yang berada dalam majlis anugerah tersebut tertumpu kepada Faiz untuk mendengar ucapannya, beliau hanya melontarkan senyum simpul, sekaligus perbuatannya itu mengundang gelak ketawa para tetamu yang hadir.
 
Malah seorang pengacara yang cuba mengawal suasana majlis sempat bertanya kepada Faiz jika dia memerlukan apa-apa bantuan.
Do you need any help?” soal pengacara tersebut, namun Faiz hanya menundukkan kepala sebagai isyarat dia tidak perlukan bantuan.
Faiz terdiam agak lama, sambil semua mata tertumpu kepadanya yang masih mencari-cari sesuatu dalam handphone di tangannya, jarinya terus menguis-nguis. Sampaikan beliau sendiri menggeleng kepala menunjukkan rasa kesal terhadap apa yang berlaku.
Apa sebenarnya yang dicari-cari oleh Faiz?
Persoalan itu akhirnya dijawab sendiri oleh Faiz Subri. Melalui akaun twitter miliknya, Faiz mendakwa beliau dalam keadaan gementar ketika itu, mujurlah beliau berjaya menemukan teks ucapan yang dicarinya.
Faiz turut mengirimkan gambar teks ucapan tersebut.
 “I am so nervous, lucky I can find this on my cellphone, thank you everyone, Malaysia boleh, haria Penang, haria” (Saya sangat gementar, mujur saya jumpa ini dalam telefon saya, terima kasih semua, Malaysia boleh, haria Penang, haria” tulisnya.
Anugerah bertaraf dunia, memjadikan Faiz setaraf dengan pemain bola sepak terkenal dunia, tidak hairanlah beliau merasa gementar. Apa pun tahniah diucapkan kepada Faiz kerana telah mengharumkan nama Malaysia.

Berikut rakaman kejadian tersebut.

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top