Datuk seri Dr vida kena dakwa sebab tak bayar gst 4.2 juta

dr vida, datuk dr vida kena dakwa sebab tak bayar gst

Datuk dr vida tak bayar gst??

Aiesymen, kenapa agaknya yang berlaku buat icon jutawan kosmetik kita nih. Kenapa tak mahu bayar gst ya? Kita mungkin pelik, dr vida dah banyak taja, gegar vaganzalah, mentor, ajl dan macam-macam programlah. Mesti ada sebabnya.

Jumlah gst yang tidak dibayar?

NILAI GST tak bayar RM4.2 juta antara 1 April 2015 -31 Julai 2016.Dr Vida Qu Puteh yang dihadap ke mahkamah Ipoh tadi mengaku tak bersalah.

IPOH: Pemilik syarikat Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih popular dengan gelaran Dr Vida didakwa dengan 32 pertuduhan kesalahan berkaitan Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014 di Mahkamah Sesyen di sini, sebentar tadi. Hasmiza, 45, dituduh dengan 16 pertuduhan gagal mengemukakan penyata GST daripada tempoh 1 April 2015 hingga 31 Julai lalu mengikut Seksyen 41 (6) akta berkenaan dan 16 pertuduhan lagi kerana gagal membayar cukai GST bernilai RM4.2 juta dalam tempoh sama mengikut Seksyen 41 (7) akta sama. Dia dituduh melakukan kesalahan itu di pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Bahagian GST, Wisma Kastam, Jalan Tun Abdul Razak di sini, antara 11 Februari hingga 22 September lalu.

Jika sabit kesalahan, Hasmiza boleh didenda RM50,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali, bagi setiap pertuduhan. Ibu kepada dua anak berusia 11 dan sembilan tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Murtazadi Amran. Murtazadi kemudian membenarkan jaminan keseluruhan RM1.76  juta dengan dua penjamin terhadap tertuduh dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah.

Murtazadi menetapkan 15 November ini untuk sebut semula kes berkenaan dan pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Ezlina Yusop Khan serta Datuk Raja Rozela Raja Toran, manakala Hasmiza diwakili peguam Khairil Azwar Khalil dan Syed Ahmad Syed Abas.

copy paste dari bharian.com.my

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top