Cara nak buat satay yang sedap sehingga menjilat jari

satay

Satay jadi makanan pilihan apabila kita keluar berjalan-jalan bersama keluarga atau kawan-kawan. Yerla kos untuk beli satay nih memang la mahal. Lagi-lagi tempat yang branded lagilah mahal. So apa kata korang buat sendiri satay, lagi puas hati. Boleh makan sampai lebam. Yang penting tahu cara nak buat satay nih. Koran tahu ke nak buatnya?

Dengan ini aku nak kongsikan resepi satay ayam sedap, satay ayam adalah adalah masakan kegemaran keluarga aku. Makanan ini sangat popular di malaysia, indonesia, singapura dan Brunei. Mana-mana lah , tapi memang satay nih memang sedap bro. Huhu

Apa itu Satay??

Satay adalah kepingan daging yang diperap dengan rempah kemudian dicucuk pada batang lidi dan kemudian dibakar diatas bara api. satay ayam paling sedap bila dihidangkan bersama ketupat, timun, dan kuah kacang.

Resepi Satay Ayam Mudah

Resepi Satay Ayam Sedap. 

Satay yang popular di malaysia ialah satay kajang yang dihidangkan dengan sambal asing . jadi kalau nak pedas kita letaklah sambal itu. yang membuat resepi ini sangat sedap ialah bumbu kuah kacang yang sangat power.

resepi satay ayam mudah yang saya kongsikan ini didapat dari rakan saya dari johor. jom kita tengok resepi dibawah

Bahan-Bahan

  • 1 kg daging ayam
  • kayu lidi secukup dan direndam semalaman ini agar lidi tidak haungus semasa proses membakar
  • 3 sudu besar madu atau gula merah
Bahan Kisar
  • 3 cm lengkuas
  • 4 cm halia
  • 5 ulas bawang putih
  • 8 ulas bawang merah
  • 3 cm kunyit hidup
  • 3 batang serai – hiris ambil bahagian putih sahaja
Bahan Sangai
  • 3 sudu besar biji ketumbar – disangai dan ditumbuk halus
  • 2 sudu besar biji jintan putih – disangai dan timbuk halus
  • 2 sudu besar biji jintan manis – disangai dan tumbuk halus
  • garam dan gula secukupnya
  • 2 sudu besar minyak masak
Bahan Minyak Untuk disapukan semasa bakar
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar air
  • 1 batang serai – dititik
  • 1 biji buah keras – ditumbuk
satukan semua bahan kecuali serai dan kisar halus serai yang telah ditik perdunya digunakan sebagai berus untuk merejis minyak atas daging.
Cara Buat Satay Ayam
1. potong daging berbentuk kiub kemudian cuci dan toskan airnya. sementara itu kita sangai bahan-bahan tadi dan kisarkan juga semua bahan kisar.
2. siapkan bekas kemudian masukan daging ayam yang sudah dipotong tadi bersama madu dan gaul rata. masukan bahan kisar dan bahan sangai ke ayam tadi dan perasakan dengan gula dan garam. kemudian gaul lagi.
3. perap ayam selama lebih kurang 3 jam di dalam freezer. tetapi, bila semalan itu lebih baik sebab bahan perapan lebih meresap ke dalam daging.

4. keluarkan daging dalam peti ais dan cucukan dengan lidi dan untuk meleperkan daging boleh menggunakan jari tulunjuk dan ibu jari. sisa air perapan jangan dibuang kerana untuk membuat kuah satay.
5. pembakaran satay mesti hati-hati jangan sampai lidi hangus terbakar, gunakan minyak merenjis yang disapukan ke seluruh bahagian daging agar daging tidak cepat kering apabila dibakar.
6. terbalikan satay 3 – 4 kali agar matang diseluruh bahagian.
mudah je kan resepi satay ayam yang saya kongsikan ini. sekarang kita cuba untuk membuat kuah satay ayam.
Resepi Kuah Kacang
600 gm kacang tanah – digoreng, separuh tumbuk kasar dan separuh di blender halus
Bahan Kisar
  • 20 tangkai cili kering – digoreng
  • 20 gm udang kering – rendam sekejap dan cuci bersih
  • 4 biji buah keras
  • 3 batang serai – ambil bahagian putih sahaja
  • 5 biji bawang merah ros – belah 4 dan digoreng
  • 1 sudu besar ketumbar – disangai dan kisar halus
  • 1 sudu kecil erbuk jintan manis – disangai dan kisar halus
  • 3 ulas bawang putih – dibelah 2 dan digoreng
  • 3 cm lengkuas
  • 1/2 inci belacan bakar
sangai biji ketumbar dan jintan kemudian angkat dan ketepikan. siapkan minyak dalam kuali dan goreng bawang putih dan bawang merah sehingga layur kemudian angkat dan ketepikan. goreng juga lada kering, angkat dan ketepikan. kemudian satukan semua bahan dan kisar halus.
Bahan Lain
  • 40 gm asam jawa – dicampur air dan ambil jusnya
  • 1 cawan gula kabung dan melaka
  • 1/2 cawan santan
  • 1/2 cawan minyak untuk menumis
  • air perapan daging
  • air secukupnya
  • 1 batang serai – dititik
  • gula dan garam secukupnya
Cara Penyediaan
1. panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis serai yang telah ditik tadi dan masukan semua bahan kisar dan masak sehingga terbit minyak. masukan juga air perapan daging dan renihka sehingga terbit minyak.
2. masukan kacang yang sudah ditumbuk halus sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati dan masak. bila kuah agak pekat tambahkan air dan renihkan semua bahan tadi sehingga mendidih.
3. masukan gula, garam, gula melaka, air asam dan masukan juga santan. kemudian masakkembali hingga kuah menjadi pekat.
4. akhir sekali, bila kuah dah masak masukan ke dalam bekas dan hidangkan bersama satay.
sebaiknya buat kuah kacang terlebih dahulu sebelum bakar satay. resepi saya ayam yang mudah ini akan lebih sedap bila dihidangkan juga bersama nasi nasi himpit atau ketupat.

Sate/satay Ayam ala Haji Samuri Kajang:

cara nak buatnya adalah…

Bahan Sate Samuri

1 ekor ayam 2kg (dipotong 12 ketul)
5 Batang serai (diblendkan hingga halus)
½ kilo bawang merah (diblendkan hingga halus)
200 gram halia (diblendkan hingga halus)
300 gram lengkuas (diblendkan hingga halus)
50 gram jintan manis (diblendkan hingga halus)
30 gram jintan putih (diblendkan hingga halus)
50 gram kunyit (diblendkan hingga halus)
1 cawan gula pasir
5 camca teh garam

Untuk kuah Sate Samuri

½ kilo kacang mentah (goreng dan tumbuk kasar)
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
1 stgh inci halia
5 tangkai cili kering
2 papan gula melaka
2 sudu asam jawa, diambil airnya.
Gula dan garam secukup rasa

Cara buat sate/satay Samuri

1. Ayam diperap tidak lebih dari 12 jam (lebih masukkan dalam peti ais) dengan bahan yang telah dinyatakan untuk Satay Ayam samuri
2. Bakar Arang hingga Tiada kelihatan Api yang marak
3. Bakarkan Satay Ayam samuri hingga Masak
4. Kipas diguna untuk kontrolkan haba
5. Kilatkan Ayam dengan Air Perapan dan Minyak dengan berus Serai bila perlu
6. Satay ayam samuri masak, bila luarannya mula kelihatan golden brown dan garing !!!
7. Hidangkan untuk makan begitu sahaja ataupun dengan nasi himpit

Cara membuat kuah Sate Samuri

1. Hiris bawang merah, bawang putih, halia, serai, dan cili kering.. kemudian gorangkan semuanya dengan minyak.
2. Setelah agak garing, toskan gorengan tadi dan kisar halus.. (tambah sikit air semasa mengisar)
3. Setelah dikisar, masukkan air asam jawa, dan kacang tanah (yang telah digoreng dan ditumbuk kasar tadi.). Kacau rata kesemuanya.
4. Didihkan campuran tadi.
5. Masukkan gula melaka, garam dan gula secukup rasa.
6. Jika terlalu pekat, boleh lah ditambah sedikit air.
7. Kuah kacang hendaklah cukup manis untuk dimakan bersama nasi himpit dan satay ayam.
8. Apabila telah mendidih, tutup periuk dan kecilkan api. Tunggu sehingga minyak dari kacang tanah telah naik ke permukaan, sambil dikacau sekali sekala

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top