Cara nak buat ayam masak paprik Thailand , yang sedap!

Resepi Ayam Masak Paprik ala Thai 

Hari ini nak kongsikan resepi ayam masak paprik ala thai yang awesome khas untuk anda semua. Untuk makluman semua, resepi ini asal dari negara thailand oleh kerana itu dinamakan ala thai. Yang paling utama masakan ini sangat simple sedap dan cepat untuk disediakan.

Resepi Ayam Masak Paprik
Jom kita cuba buat ayam paprik ala thailand nih. Senang jer bro. Tak susah pun. huhu..
Bahan-Bahan
  • 2 keping dada ayam – hiris nipis
  • 4 biji cili padi – diketuk
  • 2 sudu makan cili kering kisar
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 ulas bawang merah – dihiris
  • 2 ulas bawang putih dihiris
  • 1 biji cili merah – dihiris serong
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1/2 inci halia – hiris halus
  • 1/2 labu bawang besar – hiris memanjang
  • 1/2 cawan air
  • sedikit garam
  • sedikit kicap manis
Bahan Sayuran
  • 2 biji putik jagung – dihiris
  • 2 tangkai kacang polong – dihiris pendek
  • bunga kobis – dipotong kecil
  • 1/2 biji karot – dihiris memanjang
Cara Memasak Ayam Masak Paprik. 
Resepi Ayam Masak Paprik Ala Thai
Cara-caranya adalah seperti berikut.
  1. Panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng hirisan ayam hingga warnanya keputihan. selepas tu toskan dan ketepikan.
  2. Sisakan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang merah, halia, dan bawang putih hingga harum. kemudian masukan cili kisar dan tumis kembali hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sedikit kicap manis, sos cili, sos tiram, dan sos tomato kemudian kacau rata. masukan ayam yang digoreng tadi dan gaul hingga rata.
  4. Masukkan serai, air, dan daun limau purut. masukan sedikit garam secukup rasa dan kacau rata. kemudian masukan sayur-sayuran yang dah dihiris tadi dan bawang besar. selepas tu masak sampai sayur tadi agak empuk.
  5. Akhir sekali, bila dah masak angkat dan hidangkan bersama nasi panas Mmmmm Sedaappp!
Ayam Masak Paprik Ala Thai

Nota : anda boleh tambahkan sedikit air bila kuah agak pekat

Bagaimana,  mudah kan resepi ayam masak paprik ala thai yang saya nak kongsi ini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top