Boy Iman direman buat kali keenam, kali ini di Perlis!!

boy iman

Kena tangkap lagilah boy iman kali ini. Kita langsung tak kesian, sebab ini memang kesalahan beliau. So terimalah seadanya. Jelajah lah satu malaysia yer datuk boy yeman.

KANGAR: Seorang ahli perniagaan direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan membabitkan penipuan jualan rumah bernilai RM6.2 juta.

Perintah tahanan reman terhadap ahli perniagaan itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Kangar, Monica Joseph Gaisah bermula hari ini sehingga esok mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Turut direman tiga pengarah syarikat sebuah syarikat berusia antara 30 hingga 45 tahun termasuk seorang wanita mengikut seksyen yang sama.

Terdahulu, ahli perniagaan yang memakai baju lokap berwarna ungu tiba di pekarangan Mahkamah Kangar pada jam 9.47 minit pagi bersama tiga yang lain.

Ahli perniagaan itu diwakili peguamnya, Rosman Azwan Osman manakala tiga lagi suspek diwakili Syed Muhammad Anwar Syed Lokman Hakim.

Sebelum ini, ahli perniagaan yang sama pernah direman di Ampang, Shah Alam, Selangor; Muar, Johor; Sungai Petani dan Kubang Pasu, Kedah.

Siasatan dijalankan polis susulan penipuan jualan rumah yang didakwa dilakukan dua syarikat yang turut membabitkan mangsa di Negeri Sembilan, Johor, Kedah dan terbaru di Selangor.

Beliau ditahan di Balai Polis Bukit Indah, Ampang 2 Oktober lalu kerana disyaki terbabit dalam penipuan jualan rumah yang membabitkan kerugian keseluruhan sehingga RM6.2 juta.

Sehingga kini 210 laporan berhubung penipuan skim perumahan syarikat berkenaan diterima polis daripada mangsa di seluruh negara dan difahamkan enam daripadanya di Perlis.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top