Bonus raya penjawat awam rm400.00 dan rm200 pesara kerajaan, 2018

najib, najib sedih,

Sorry salah gambor, Seperti mana yang telah dijanjikan.

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju memberi bantuan khas perayaan berjumlah RM400 bagi kakitangan awam Gred 41 ke bawah, RM200 untuk pesara kerajaan.

Perkara ini diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri di sini, sebentar tadi.

Kabinet turut memutuskan Bantuan Sara Hidup bagi menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan akan disalurkan pada 6 Jun dengan kadar sama.

Perdana Menteri berkata, harga petrol RON95 akan dikekalkan manakala RON97 akan diapungkan mengikut harga pasaran.

“Esok taklimat penuh akan dibuat Kementerian Kewangan,” katanya.

Dr Mahathir turut mengumumkan pemberian diskaun 50 peratus untuk semua lebuh raya bagi tempoh dua hari sebelum Aidilfitri

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top