Bekas Pemain Gitar Kumpulan Kristal Maut Kemalangan

bekas pemain gitar kristal meninggal dunia, biodata bekas pemain gitar kumpulan kristal ,

Kita sedekahkan Alfatihah kepada Arwah, yang merupakan bekas pemain gitar kumpulan kristal dulu.

KEADAAN motosikal mangsa yang juga bekas pemain gitar kumpulan Kristal Hairyfitri Ahmad. KUALA KLAWANG: Bekas pemain gitar kumpulan Kristal, maut selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 30, Jalan Kuala Klawang-Genting Peres dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.35 pagi itu, Hairyfitri Ahmad, 33, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Ampang, Kuala Lumpur. Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Othman Basri, berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa, dipercayai terbabas dan masuk ke laluan bertentangan sebelum terlanggar sebuah kereta.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa yang menunggang motosikal Yamaha LC135 dan dalam perjalanan ke Kuala Klawang, cedera parah di anggota badan. “Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital oleh beberapa rakan yang turut mengikuti konvoi bermotosikal itu,” katanya di sini, hari ini. Othman berkata, pemandu kereta yang terbabit kemalangan tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala kes disiasat mengikut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

copy paste : berita harian

Sementara itu, vokalis kumpulan Kristal, Lan mengesahkan perkara itu di laman Instagramnya bersama dua keping gambar arwah.

kristal-2

 kristal2

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top