Bajet2017: Pemandu Uber / GrabCar Beli Iriz Terima Rebat RM4,000 – Inilah Reaksi Proton

bajet 2017

PROTON dalam satu kenyataan menghargai inisiatif kerajaan dan mengalu-alukan kerjasama dengan syarikat perkhidmatan Ride-Sharing Aplikasi Uber dan GrabCar.

Menurut Proton, pihaknya teruja untuk menjadi sebahagian daripada industri perkongsian perjalanan kerana langkah itu dilihat sebagai visi untuk memacu Malaysia ke hadapan melalui inovasi teknologi dan mewujudkan peluang ekonomi bagi ramai rakyat di negara ini.

Kenyataan Proton itu adalah hasil maklum balas susulan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri pada Bajet 2017 yang menggalakkan rakyat Malaysia menjana pendapatan tambahan dengan menjadi pemandu Uberatau GrabCar.

Bajet 2017BANTUAN RM4,000

Dalam pembentangan itu, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan rebat sebanyak RM4,000 bagi setiap pembelian Proton Iriz bagi mereka yang layak.

Individu yang layak menerima skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) boleh menggunakannya sebagai wang pendahuluan bersama rebat tambahan sebanyak RM4,000 untuk menjana pendapatan tambahan dengan menjadi pemandu Uber atau GrabCar.

Tambah Najib, mereka terutamanya yang berpendapatan rendah mampu meraih sehingga RM1,500 sebulan bagi pemandu yang bekerja di antara 10 hingga 40 jam seminggu. Manakala mereka yang memandu lebih 40 jam mampu menjana pendapatan sehingga RM4,300 dan ke atas sebulan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top